Gadis Klang catat sejarah, cipta sensasi jadi artis K-Pop pertama Malaysia


  • Relaks
  • Rabu, 23 Apr 2025

Lingling merupakan penyanyi Malaysia pertama bakal muncul sebagai artis K-Pop.

SIAPA sangka, gadis berusia 19 tahun dari Klang, Selangor ini bakal mencipta fenomena dalam industri muzik Korea Selatan.

Alicia Wong Lingling atau lebih dikenali sebagai Lingling, mengambil langkah berani menjejak kaki ke pentas antarabangsa sebagai artis K-pop pertama dari Malaysia.

Namanya melonjak naik selepas diumumkan sebagai finalis rancangan realiti I-LAND 2, iaitu sebuah rancangan pencarian bakat terbitan HYBE yang merupakan syarikat label muzik gergasi Korea Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tegas bab 'parenting', Zaquan Adha pupuk minat anak main bola, tak mustahil jadi pelapis skuad kebangsaan

BACA LAGI: Berhenti kerja demi anak autistik, Autism Cafe Project ruang untuk berdikari, elak dipandang rendah masyarakat

Kemampuan Lingling bertutur dalam bahasa Cina, Melayu, Inggeris dan Korea Selatan telah memukau para juri dan seterusnya tular di laman platform menerusi hashtag #PolyglotGenius dan #WakeOneInterpreter.

 

 

Kini, Lingling diumumkan secara rasmi sebagai ahli kumpulan gadis global pertama dinaungi agensi Leanbranding yang dijadualkan memulakan debut mereka pada penghujung Mei kelak.

Walaupun nama dan tarikh rasmi pelancaran kumpulan itu masih dirahsiakan, rata-rata peminat sudah tidak sabar dan teruja untuk memberikan sokongan terhadap gadis tempatan tersebut.

Sepanjang penyertaannya dalam I-LAND 2, Lingling bukan sahaja dikenali dengan bakat nyanyian, malah keperibadiannya juga turut meraih pujian kerana dikatakan bersifat matang dan disenangi ramai.

Merupakan salah seorang bekas pelatih syarikat gergasi YG Entertainment, pengalaman itu dijangka melonjakkan lagi popularitinya menjelang penampilan pertamanya sebagai artis K-Pop.

Merupakan detik bersejarah buat dirinya dan juga Malaysia, perkara itu membuktikan betapa negara kita dibarisi ramai artis berbakat yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Menerusi laporan media Korea, JoongAng Daily, pengumuman barisan ahli kumpulan itu bakal dikongsikan dalam masa terdekat menerusi laman sosial rasmi mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram