
REALITI bergelar ibu bapa dalam dunia moden tidak semudah yang disangka.
Dengan rutin dan jadual padat, anak-anak aktif sentiasa memerlukan perhatian penuh daripada ibu bapa terutamanya yang baru menginjak ke usia kanak-kanak.
Namun, kesibukan di tempat kerja demi mencari rezeki membuatkan situasi itu sedikit sukar untuk membahagikan masa dengan anak-anak yang mungkin terabai tanpa disengajakan.
Dalam situasi itu, penggunaan gajet sering kali menjadi solusi kepada isu berbangkit yang boleh menjadi peneman si kecil di kala kesunyian.
Namun, segelintir ibu bapa berpendapat langkah itu boleh menjejaskan perkembangan dan tumbesaran anak-anak yang berkemungkinan besar boleh didiagnosis autistik, speech delay dan sebagainya.
Pun begitu, seorang pempengaruh di laman sosial tampil menafikan tanggapan tersebut yang menurutnya mampu mendatangkan kesan positif jika dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Menganggap peranti Apple sebagai medium terbaik mendidik si kecil membaca di peringkat awal, @iman_azman menyenaraikan kelebihan gajet buat golongan kanak-kanak seawal usia lima tahun.
Sistem kawalan 'screen time' Apple
Seiring perkembangan teknologi terkini, kebanyakan peranti kini menawarkan sistem khusus buat kanak-kanak.
Aplikasi dan jenis permainan video perlu bersesuaian mengikut peringkat usia kanak-kanak.— Gambar hiasan
Membolehkan ibu bapa mengurus masa skrin dan kandungan digital anak-anak, setiap gajet perlu didaftarkan dengan butir diri dan maklumat usia sebenar bagi menapis segala elemen berunsur negatif.
Kandungan eksplisit seperti filem dengan unsur keganasan atau seksual akan disekat secara automatik khas buat kanak-kanak.
Tempoh masa
Fungsi 'downtime' membolehkan ibu bapa menetapkan tempoh waktu sesebuah peranti iPad boleh digunakan.
Di luar tempoh waktu ditetapkan, kesemua aplikasi dimiliki akan terkunci secara automatik di samping had masa penggunaan juga boleh ditentukan mengikut kesesuaian.
Sebagai contoh, tempoh maksimum penggunaan aplikasi YouTube boleh ditetapkan sekurang-kurangnya sehingga sejam sehari.
Aplikasi bersesuaian mengikut usia
Selain aplikasi pembelajaran, kebanyakan permainan video di Apple Arcade direka khas untuk kanak-kanak sebagai contoh Sneaky Sasquatch dan Crossy Road.
Tambahan itu, kanak-kanak juga boleh menggunakan aplikasi Notes untuk melukis atau menulis sebagai salah satu cara terbaik untuk menggalakkan kreativiti mereka.—Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram