Pusat 'wellness' baharu tawar khidmat analisa stres, pulihkan semula emosi melalui penyelarasan antara minda dan hati


  • Relaks
  • Isnin, 21 Apr 2025

Penyelarasan antara hati dan otak melalui teknik pernafasan dalam terbukti secara saintifik mampu menenangkan sistem saraf dan meningkatkan ketenangan dalaman.

Sebuah pusat wellness serba baharu, Sages, telah dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur dengan misi untuk memperkasakan individu dalam pembangunan emosi dan transformasi peribadi. 

Terletak di tingkat 28 Pavilion Embassy, Ampang, Selangor, pusat ini bukan sahaja menawarkan pemandangan menakjubkan bandar Kuala Lumpur, malah menjadi ruang kolaboratif untuk pertemuan komuniti yang mementingkan kesihatan holistik.

Diasaskan oleh pasangan suami isteri, Allyson Yeo (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Michael Teh (jurulatih meditasi bertauliah), mereka berkongsi mengenai hasrat untuk mencetus perubahan positif dalam masyarakat.

BACA LAGI: Bukan 'cheat code', pakar tepis tanggapan suntikan epidural hanya untuk wanita lemah

BACA LAGI: 'Di Jerman semua wajib ada insurans, 'cover' bil hospital, C-section, bidan', pempengaruh kongsi pengalaman bersalin di negara kelahiran

Sages memiliki ruang seluas lebih 1,800 kaki persegi yang dilengkapi dengan dewan bersaiz 1,376 kaki persegi dan ruang lounge 500 kaki persegi. 

Sages bukan sekadar ruang fizikal tetapi sebuah pusat transformasi yang mengguna pakai teknologi moden. Salah satu inovasi utama yang ditawarkan ialah Sages Voice, sebuah perisian berasaskan kecerdasan buatan yang menggunakan Teknologi Penanda Suara (Vocal Biomarker) untuk menganalisis corak suara dan frekuensi otak. 

Sages yang mampu menampung sehingga 30 hingga 60 orang bagi setiap bengkel.

Melalui analisis ini, pengguna boleh memahami tahap tekanan, keadaan emosi, corak tingkah laku, serta kecenderungan komunikasi mereka.

“Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap pembangunan diri di Malaysia, kami memperkenalkan SAGES sebagai ruang selamat dan inklusif untuk masyarakat meneroka potensi sebenar mereka, kata Allyson Yeo.

Allyson Yeo memberi penerangan bagaimana pengurusan emosi mampu meningkatkan keyakinan dan memperbaiki hubungan sosial. Kedua-dua faktor ini penting dalam kehidupan peribadi dan profesional. 

Antara program utama yang ditawarkan termasuk sesi meditasi dan teknik pernafasan. Bengkel ini memberi tumpuan kepada 'heart-brain coherence' iaitu penyelarasan antara hati dan otak melalui teknik pernafasan dalam yang terbukti secara saintifik mampu menenangkan sistem saraf dan meningkatkan ketenangan dalaman.

Dengan visi untuk menjadi pusat kesejahteraan sehenti (one-stop wellness solution), Sages berhasrat untuk membina komuniti yang kuat dalam kalangan peminat gaya hidup sihat. 

Sages juga boleh disewa untuk acara peribadi dengan kadar sewaan bermula dari RM2,100 pada hari bekerja dan RM2,400 pada hujung minggu. Pusat ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram