
SETELAH 22 tahun menyepi, duo pop ikonik dari Norway, M2M, kini kembali menemui peminat menerusi konsert jelajah mereka yang pertama, “The Better Endings”. Bertempat di Arena of Stars, Resorts World Genting (RWG), konsert bakal bermula pada jam 6 petang.
M2M, gandingan dinamik Marion Raven dan Marit Larsen, telah memikat hati peminat di seluruh dunia pada lewat 1990-an dan awal 2000-an dengan muzik elektronik yang menghiburkan.
BACA LAGI: Park Tae-su rendah diri, mohon maaf gagal bantu Sabah FC tamatkan penantian 22 tahun
BACA LAGI: Anak jati Sabah disebut calon pengganti ideal lepas Park Tae-su sumbat gol sendiri
Antara lirik lagu dan suara Skandinavia yang merdu, lagu popular nyanyian mereka seperti “The Day You Went Away” dan “Don’t Say You Love Me” cukup ikonik, hingga menjadikan nama M2M masyhur di serata dunia.
Album sulung mereka, Shades of Purple yang dilancarkan pada 1998 telah melonjakkan duo berkenaan sehingga mereka digelar legenda dalam industri muzik pop malah masih diiktiraf sehingga ke hari ini.
M2M telah meraih pelbagai anugerah muzik terkemuka, termasuk MTV Europe Music Awards dan Nickelodeon Kids' Choice Awards.
Mereka juga pernah muncul di dalam pelbagai rancangan televisyen selain memukau penonton dari pentas-pentas terbesar dunia dengan persembahan yang bertenaga dan menyingkap nostalgia.
Jelajah The Better Endings berkisar tentang kenangan indah serta perjalanan M2M menuju masa depan.
Kini, setelah lebih dua dekad, duo ini bersedia untuk kembali menghangatkan pentas dan bertemu dengan peminat setia mereka, lantas memberikan pengakhiran yang lebih bermakna kepada perjalanan muzik M2M yang luar biasa ini.
"Konsert ini adalah cara kami untuk menghargai semula muzik yang telah membentuk perjalanan kami, sambil memberikan peminat peluang untuk menikmati kembali detik-detik berharga dan sambutan yang telah lama dinantikan.
"Kami menamakan jelajah ini The Better Endings kerana ia berkisar tentang kenangan indah serta perjalanan M2M bersama-sama menuju masa depan," kata Marit Larsen.
Persembahan M2M pasti menggamit memori lampau dengan alunan lagu-lagu hit yang akan dimainkan semula bagi menghidupkan kenangan indah zaman muda dalam suasana penuh makna bersama. Untuk maklumat lanjut, sila layari rwgenting.com. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram