Kerap kongsi momen bersama anak, Fedtri Yahya tersentuh terima luahan jiwa insan kurang sayang ayah


  • Relaks
  • Sabtu, 19 Apr 2025

Fedtri Yahya sentiasa menerapkan elemen mesra dan penyayang dalam mendidik keempat-empat anaknya.

HUBUNGAN mesra dan jalinan kasih sayang antara bapa dan anak sering kali menjadi topik bualan hangat di platform sosial.

Sering menjadi contoh dan teladan individu bergelar bapa di luar sana, pengacara popular, Fedtri Yahya, 43, dikatakan antara contoh terbaik sesuai dijadikan idola dalam pendekatan mendidik anak.

Biarpun sibuk dengan jadual kerja agak padat, bapa kepada empat cahaya mata itu sentiasa menitikberatkan hal pendidikan serta hubungan baik bersama anak-anaknya walaupun sudah menginjak ke usia remaja.

BACA LAGI: M. Nasir pernah hadiahkan 13 keping dinar emas sebagai mas kahwin, lepas 25 tahun nilai melonjak lebih RM20,000

BACA LAGI: [VIDEO] Jejaka UK disayangi bapa mentua, layan macam anak sendiri bagai menatang minyak yang penuh

Terbaharu, perkongsian figura penting program Jejak Rasul itu ketika menghantar anak sulungnya, Indah Sutera Jannah, 13, mendaftar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mencuri perhatian ramai.

Teruja bercampur hiba, itu perasaan boleh digambarkan Fedtri yang cukup sebak untuk berjauhan dengan anak demi melihat cahaya matanya itu melanjutkan pelajaran ke menara gading.

 

Menerima banyak pesanan mesej dan perkongsian daripada pengikutnya di laman sosial, Fedtri pada Jumaat meluahkan kesedihannya apabila seorang individu tampil mendedahkan sisi gelap dilalui dalam keluarganya.

"Ayah saya tak bagi peluk, dia bagi penyepak, terajang, tumbuk dan hentakan, sepak dari tingkat atas bergolek ke lantai bawah," kongsi seorang pengikutnya.

Tampil memuat naik hantaran itu di laman Threads, Fedtri mendoakan agar individu terbabit dikurniakan kesabaran dan kesembuhan segera.

 

 

 

 

Ciapan itu nyata mendapat maklum balas ramai warga maya yang juga tersentuh dengan perkara tersebut.

Sedar akan malang yang menimpa individu kurang bernasib baik di luar sana, rata-ratanya menitip kata-kata positif buat insan yang terkesan dengan isu sedemikian.

"Kasihan anak, mungkin love language bapanya melalui sentuhan, dapat ayah macam ni tapi figura seorang ayah itu tak ada, apabila besar, kalau perempuan itu adalah lelaki red flag," kata mskhaironikhwani.

"Minggu lepas ustaz sekolah agama anak bercerita selalu time balik, budak-budak ni salam dan ustaz peluk, sekali ada budak lelaki ni dia menangis katanya tak pernah sekali ayah dia peluk dia, dia nak rasa juga kena peluk macam kawan lain. Sedih dengar cerita ustaz tu," tambah laylas2207.

Sekadar info, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nurul Anati yang merupakan seorang guru pada Mei 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 13, Ahmad Wildan Arjuna, 11, Indah Rauvda Inaara, 8, dan Ahmad Firaas Mevlana, 6. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram