Terbukti! Pendengaran wanita lebih tajam berbanding lelaki


  • Sihat
  • Sabtu, 19 Apr 2025

Wanita mempunyai pendengaran dua desibel lebih sensitif berbanding lelaki.

TANGGAPAN bahawa wanita mempunyai pendengaran lebih tajam berbanding lelaki bukan sahaja berkemungkinan besar ia benar bagi sesetengah orang, malah terdapat sokongan saintifik dari penyelidik Britain dan Perancis.

Berdasarkan penelitian terhadap 450 responden dari 13 buah negara, pasukan penyelidik mendedahkan hasil yang menunjukkan wanita 'secara tipikal' mempunyai karakter pendengaran lebih sensitif berbanding lelaki.

Wanita secara konsisten menunjukkan kepekaan yang lebih tinggi berbanding lelaki.

BACA LAGI: [VIDEO] Jubin bunga lambang status pemilik, tangga batu jadi identiti rumah tradisional Melaka

BACA LAGI: Jangan terus menghukum, tip ideal ‘tackle’ anak melalui emosi dan sikap

Populasi, persekitaran dan bahasa turut mempengaruhi secara signifikan dalam keupayaan pendengaran. — Gambar hiasan

"Kepekaan itu sebanyak dua desibel secara purata merentasi keseluruhan spektrum frekuensi yang diuji dalam semua populasi yang dikaji,” kata pasukan penyelidik dalam satu kertas kerja terbitan jurnal Scientific Reports.

Pendengaran wanita boleh menjadi sehingga 6 KiloHertz (Hz) lebih tajam berbanding lelaki dalam sesetengah populasi.

Malah pasukan penyelidik mendapati golongan wanita menunjukkan sensitviti koklea yang tinggi malah mampu menandingi lelaki dalam ujian akustik.

“Ini kerana wanita mempunyai fungsi yang lebih baik dalam kedua-dua sistem pendengaran periferi dan laluan pendengaran pusat,” jelas saintis tersebut.

Pakar genetik dari Universiti Bath, Britain, Profesor Dr Turi King berkata, pasukannya terkejut apabila mendapati wanita mempunyai pendengaran yang dua desibel lebih sensitif.

Selain daripada perbezaan antara lelaki dan wanita, ujian tersebut turut menunjukkan bahawa individu yang tinggal di kawasan hutan mempunyai kepekaan pendengaran paling tinggi.

Sementara itu, mereka yang tinggal di kawasan pegunungan atau di kawasan altitud tinggi memiliki sensitiviti pendengaran yang lebih rendah.

Wanita secara konsisten menunjukkan kepekaan yang lebih tinggi sebanyak dua desibel secara purata merentasi keseluruhan spektrum frekuensi. — Gambar hiasan

Pada masa sama, populasi, persekitaran dan bahasa turut mempengaruhi secara signifikan dalam keupayaan pendengaran, bergantung kepada faktor landskap bunyi yang berbeza, tahap kebisingan dan pendedahan kepada pencemaran.

“Penemuan kami mencabar andaian sedia ada dan menyerlahkan keperluan untuk mengambil kira kedua-dua faktor biologi dan persekitaran apabila mengkaji pendengaran,” kata pegawai penyelidik Dr Patricia Balaresque dari Pusat Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (CRBE) di Toulouse, Perancis. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram