
SELEBRITI terkenal, Rita Rudaini mencuri tumpuan apabila berkongsi suasana sambutan jamuan raya di sekolah anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 16, di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar (SUBES), Selangor.
Rita mengenakan baju kurung Pahang berona merah jambu dan bertudung bawal polos warna senada dengan penampilannya itu pasti memukau sesiapa sahaja yang melihat.
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-49 beberapa hari lalu, Rita memaklumkan, ini adalah tahun terakhir anaknya bersekolah di MRSM SUBES sebelum melanjutkan pelajaran ke menara gading andai rezeki menyebelahi.
BACA LAGI: [VIDEO] Jubin bunga lambang status pemilik, tangga batu jadi identiti rumah tradisional Melaka
BACA LAGI: Mahu rasai keunikan beraya di Taiwan? Berikut tempat menarik yang perlu dilawati
“Tahun depan tahun terakhir kita ulang alik ke MRSM SUBES,” katanya menerusi status yang dimuat naik dalam video di Instagramnya.
Bukan itu sahaja, video berdurasi dua minit itu turut memaparkan Rita mempersiapkan seorang lagi anaknya iaitu Airit Qaqa Arjuna, 14, dengan memakaikan samping warna sedondon.
"Ini pertama kali jamuan raya yang diadakan bersama ibu bapa, saya rasa seronok sangat sebab (sebelum ini) selalu berkomunikasi dalam WhatsApp saja. Jadi hari ini semua dapat berkenalan dan bersemuka," ujarnya.
Tangkap layar ruangan komen Instagram @ritrud727.
Rata-rata warga maya memuji kecantikan pelakon Mami Jarum itu mengenakan tudung dan mendoakan agar dia terus istiqamah dengan cara berpakaian seperti itu.
“Sukanya kami tengok sis Rita bertudung, lawa dan cun. Cantik, semoga terus istiqamah,” kata seorang pengikutnya di ruangan komen Instagram.
Rita bergambar bersama anaknya dan sebahagian pelajar MRSM SUBES.
Tidak kurang juga yang berseloroh apabila mengatakan kehadiran Rita yang dikerumuni peminat di sekolah seakan-akan seperti petugas di kaunter pertanyaan apabila menerima banyak kunjungan.
“Sis boleh jadi guru kaunseling atau kaunter aduan,” kata seorang peminat.
Rita sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama bintang bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008, namun, perkahwinan tersebut tidak bertahan lama dan mereka sah bercerai pada 2013.
Rita dan Aidil dikurniakan dua orang anak lelaki. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram