'Dihina kerana tak berpelajaran', pesanan ibu jadi motivasi Azida raih Dean’s Excellence Award Universiti Columbia


  • Relaks
  • Rabu, 16 Apr 2025

Azida berkata, ibunya sentiasa menekankan kepentingan pendidikan dalam hidup supaya dihormati orang lain.

ZAMAN ini, pendidikan menjadi kayu ukur dan amat mustahak untuk ditekankan kepada anak-anak kerana perkara tersebut mampu menjamin masa depan.

Bahkan ia menjadi pegangan hidup buat mereka yang ingin mengubah nasib keluarga.

Itulah yang menjadi prinsip Azida Ahmad Azmi, 25, yang sedang menyambung pengajian di Columbia University, New York, Amerika Syarikat.

BACA LAGI: [VIDEO] Jubin bunga lambang status pemilik, tangga batu jadi identiti rumah tradisional Melaka

BACA LAGI: Jangan terus menghukum, tip ideal ‘tackle’ anak melalui emosi dan sikap

Azida dianugerahkan Dean’s Excellence Award by Columbia University.

Mengakui dia pada awalnya bukanlah seorang yang mementingkan pendidikan, namun semua itu berubah apabila sedikit demi sedikit pencapaian dalam bidang akademik berjaya menguntum senyuman pada wajah ibunya.

Menerusi perkongsian di akaun Thread miliknya, Azida berkata, dia merupakan orang pertama dalam sejarah keluarga ibunya yang dihantar ke sekolah.

“Saya orang pertama dalam sejarah keluarga ibu saya untuk pergi ke sekolah. Have I always enjoyed studying? No. I only started taking my education seriously when I saw how happy it made ibu feel,” jelasnya.

Menggunakan kelebihan tersebut untuk terus belajar dengan lebih gigih, usaha Azida membuahkan hasil apabila berjaya merangkul anugerah Dean’s Excellence Award baru-baru ini.

Dia juga sempat berkongsi pesanan ibunya yang sentiasa menekankan betapa pentingnya, pendidikan dalam hidup supaya lebih dihormati orang lain.

“Ibu selalu pesan, orang tak berpelajaran sepertinya selalu kena hina. Dari situlah saya mula tanam azam, selagi saya hidup, saya kena angkat nama ibu.

"Saya nak orang pandang ibu dengan penuh rasa hormat. Hari ini, saya telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Dekan oleh Universiti Columbia,” katanya.

Pengiktirafan tersebut membuktikan bahawa latar belakang sesebuah keluarga tidak menjadi halangan buat seseorang yang ingin belajar sehingga ke menara gading.

Bukan setakat itu, Azida turut menawarkan khidmat nasihat secara percuma kepada pelajar daripada keluarga B40 dan M40 yang berhasrat untuk menyambung pengajian.

“Matlamat saya adalah untuk membantu lebih ramai pelajar daripada latar belakang berpendapatan rendah mencapai impian mereka.

"Saya menyediakan konsultasi percuma untuk membantu pelajar B40 dan M40 meneruskan pengajian dan merancang masa depan,” tawarnya.

Ruang komen Azida yang dihujani ucapan tahniah.

Rata-rata warga maya amat terharu dengan pencapaian Azida dan ruangan komen dihujani ucapan tahniah kepadanya atas kejayaan yang dikecapi.

“Tahniah Azida! Semoga terus berjaya dalam apa jua yang diusahakan. Teruskan bantu anak-anak muda yang gigih nak belajar,” ujar seorang pengguna Thread di ruang komen. 

Tangkap layar ruang komen di Thread Azida. 

Congratulations girl! Ibu awak mesti sangat bangga,” puji iamfxzx.

Dikongsikan kata-kata hikmah yang dipetik melalui Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, betapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan, telah berkata Ibn Abbas RA:

“Aku merendah diri ketika menuntut ilmu, maka aku dimuliakan ketika diminta mengajarkan ilmu."

Ini termasuk kata Imam al-Syafi’e RA: “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat”. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram