'Imbuhan dah bagi, nak main-main lupakan saja', Norsham Yoon nasihat atlet 'buat betul-betul' demi Malaysia


  • Podium
  • Rabu, 16 Apr 2025

Atlet negara sepatutnya lebih bersemangat untuk meletakkan nama Malaysia di mata dunia. — Gambar hiasan

DISIPLIN dan semangat merupakan medium penting bagi memastikan seseorang atlet itu berjaya sekali gus menempa nama di persada sukan antarabangsa.

Bekas atlet rejam lembing wanita kebangsaan, Norsham Yoon, 68, berkata, dengan pelbagai imbuhan yang ditawarkan oleh kerajaan, atlet negara sepatutnya lebih bersemangat untuk meletakkan nama Malaysia di mata dunia.

Beliau yang juga Jurulatih Olahraga Paralimpik menambah, atlet negara kini lebih beruntung dengan pelbagai fasiliti yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan termasuk Majlis Sukan Negara.

BACA LAGI: [VIDEO] Hidangan Aidilfitri sungguh menyelerakan, tetapi perlu dikawal!

BACA LAGI: Elak warga emas terjerat jenayah siber, Dr. Yun Yi sediakan modul pembelajaran teknologi

Keratan akhbar Norsham ketika hendak berlepas Jakarta untuk memungut pingat emas Sukan SEA.

"Dulu kami berlatih dalam serba kekurangan berbanding zaman sekarang. Setiap atlet mesti kena kental dalam apa jua sukan sekali pun. 

Norsham Yoon.

"Pada saya, kalau nak buat, buat betul-betul, perlu kuat semangat dan berdisiplin, kalau nak main-main lupakan sajalah,” katanya kepada Majoriti.

Menurutnya, disiplin dan nekad menjadikan imbuhan yang diberikan oleh kerajaan lebih bermakna sejajar dengan tekad dan harapan yang disandarkan dalam meraih kilauan pingat.

 

Bagi melihat perspektif sukan dan imbuhan, ikuti segmen penuh Duduk Sembang bersama atlet veteran Norsham Yoon yang berkongsi pengalaman ketika kemuncak sukan olahraga negara sekali gus digeruni oleh negara Asia yang lain. — Majoriti

 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram