[VIDEO] 'Laju tapi bodoh', berbeza kudrat dan kebijaksanaan, Khalid Jamlus tekan pentingnya peranan junior-senior atas padang


  • Sukan
  • Rabu, 16 Apr 2025

Khalid meletakkan pemain senior memiliki kebijaksanaan di atas padang manakala junior melalui kekuatan tenaga.

BEKAS pemain kebangsaan bola sepak kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus menekankan dalam sesebuah pasukan, kehadiran pemain senior di atas padang amat penting untuk taktikal permainan.

Menurutnya, sama ada jumlah pemain senior lebih ramai atau sebaliknya, ia bergantung kepada keberkesanan sesebuah pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih masing-masing.

“Dia bergantung kepada sesebuah pasukan, bukan semua perlu ada benda itu. Sesetengah pasukan betul! Sebab dia tak ada pemain dan mereka perlukan senior yang banyak untuk perkuatkan pasukan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Relaks la game friendly je pun, kau dah kenapa?' — Khalid Jamlus 'sound' pengadil lepas layangan kad merah

BACA LAGIBukan ibu saja bergaya, anak-anak selebriti pun sama melaram, bertukar-tukar baju raya

Jumlah pemain senior dan junior di atas padang bergantung kepada keberkesanan sesebuah pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih masing-masing.

“Segelintir pasukan seimbang, senior dengan junior. Ada juga pasukan yang ramai junior dan sikit saja senior pun boleh pakai, jadikan (senior) tulang belakang. Harapkan budak-budak muda buat kerja.

“Ini normal dalam bola sepak sama ada dalam negara atau luar negara. Antara banyak dan sikit sahaja jumlahnya.

“Biasanya, jurulatih akan sikitkan senior, ramaikan junior di atas padang untuk kawal mereka yang baharu ini. Ia tengok keberkesanan sesebuah pasukan,” katanya kepada Majoriti.

 

Dalam bual bicara menerusi segmen Duduk Sembang di Majoriti, beliau meletakkan pemain senior memiliki kebijaksanaan di atas padang manakala junior melalui kekuatan tenaga.

“Kalau kau junior memang laju tapi bodoh, ini serius. Senior pula dia tak laju tapi smart, dia boleh bantu pasukan untuk jaringkan gol. Sebab junior tidak ada pengalaman dia hanya ada kudrat je. Saya pernah laluinya dulu memang saya faham keadaan tersebut.

“Sebab itu perlunya senior di atas padang membantu pemain junior lebih matang dan smart dalam permainan bola sepak,” jelasnya menerusi pengalamannya sendiri ketika bermain di atas padang.

Ikuti video temubual Khalid Jamlus dalam segmen Duduk Sembang dengan pelbagai perkongsian yang menarik dengan seloka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram