
BUDAYA berpantang merupakan tradisi turun temurun yang kebiasaannya diamalkan wanita di rantau Asia, Afrika dan Asia Barat.
Melibatkan golongan ibu usai bersalin, tempoh selama lebih 44 hari dilakukan bagi memastikan mendapat rehat mencukupi di samping menguatkan sendi otot yang kehilangan darah semasa proses kelahiran.
Pun begitu, memasuki era baharu generasi Z kini dilihat semakin melupakan budaya kesihatan itu yang dianggap tidak relevan dengan teknologi perubatan masa kini.
BACA LAGI: Lahir dengan ‘birth mark’ di muka, ibu hidap kencing manis bersyukur dianugerahkan bayi 'ajaib'
BACA LAGI: [VIDEO] Hajat Sheila nak cucu lelaki tercapai, Elisya bakal timang 'mini Haq'
Pengasas Nona Roguy, Datin Sharifah Anisah, menegaskan bahawa pentingnya amalan berpantang dalam kalangan para ibu.
Katanya, ibu yang baru bersalin perlu dipantau rapi dari segenap sudut agar tidak terdedah kepada sebarang gangguan baik kesihatan luaran mahupun dalaman.
"Pesanan saya paling utama ketika berpantang, 10 hari awal jangan bawa bayi keluar pergi shopping, berjalan-jalan, jangan.
"Satu lagi, masa dalam berpantang jangan bawa anak keluar tempat ramai orang, kadang-kadang orang tegur boleh kena penyakit Ain.
"Kalau orang tegur kita, eh awak tak nampak macam bersalin pun comel lah, kadang-kadang bila balik terus demam, itu Ain," katanya menerusi video tular di TikTok baru-baru ini.
Usahawan berusia 82 tahun itu turut menegur adab dan kelakuan ibu-ibu muda zaman modenisasi ini, setiap pergerakan dan kelakuan dalam tempoh berpantang khususnya ketika menyusukan bayi cukup penting.
"Kedua, apabila nak duduk, rapatkan kaki. Ada saya tengok duduk menyusu anak kaki terkangkang, kadang-kadang kaki selang.
"Masa itu darah berjalan kena jaga. Kita akan duduk lama menyusu anak, maka ia boleh 'tangkap' sakit pinggang.
"Cara duduk kena ambil tahu, cara berjalan, naik turun tangga dan makan semua perlu dijaga," tambahnya.
Selain tip dan petua, figura hebat mesra digelar Tok Mama itu juga memberitahu, kepentingan memakai bengkung yang bantu memulihkan segala otot renggang dan saraf rosak dalam badan.
"Bengkung is a must. Mesti pakai bengkung dalam waktu berpantang.
"Kajian sedunia sekarang sudah iktiraf bengkung sangat bagus untuk kesihatan. Ia boleh bantu baik pulih semua tulang pinggang dan saraf," jelasnya.
Terdahulu, Sharifah Anisah menubuhkan syarikat Nona Roguy selepas membuat keputusan beralih dari bidang seni lukis ke usahawan herba tradisional pada 1993.
Pernah melancarkan sebuah buku berjudul Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan pada 2018, sehingga kini produk berkenaan kekal mendapat tempat dalam hati masyarakat lebih tiga dekad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram