[VIDEO] Hajat Sheila nak cucu lelaki tercapai, Elisya bakal timang 'mini Haq'


  • Relaks
  • Ahad, 13 Apr 2025

Sheila (gambar kecil) bersyukur apabila menantunya Elisya kini hamil anak lelaki. — Instagram selebriti

"REZEKI bukan sekadar wang," ujar pengarah tersohor Sheila Rusly, 53, selepas difahamkan bakal menimang cucu kedua tidak lama lagi.

Khabar gembira itu diumumkan menantunya, Elisya Sandha, 25, yang kini sedang menanti detik melahirkan seorang cahaya mata lelaki.

Perkara itu dikongsikan pada sebuah majlis gender reveal diadakan di sebuah hotel dekat Genting Highlands, Pahang pada Sabtu yang dihadiri sanak saudara dan keluarga.

BACA LAGI: [VIDEO] Walau keluarga jauh di Singapura, mentua layan Atikah bak puteri, siap dapat rantai emas sempena 'full moon'

BACA LAGI: ‘Mama tak pernah sebahagia ini’, Ismail Izzani syukur bapa tiri penyayang, cucu pun suka tok abah

Bagai impian menjadi kenyataan, ia sekali gus menyaksikan hajat Sheila untuk memiliki cucu lelaki akhirnya termakbul selepas terlebih dahulu dikurniakan cucu perempuan, Bunga Elhaq.

Pernah menyuarakan keinginan tersebut sebelum ini, pelakon filem Pontianak Menjerit itu cukup dikenali sebagai seorang yang cukup mesra dan penyayang terhadap anak dan menantunya.

Sementara itu, Elisya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad menitip rasa syukur atas rezeki cahaya matanya.

"Syukur Al hamdulillah rezeki keluarga kecil kami, lama kita simpan rahsia ini, sekarang kita dah ada mini Haq tau, terima kasih semua yang datang," ujarnya.

Sekitar Disember tahun lalu, Elisya memaklumkan sudah berbadan dua menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram.

Mula mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy, 29, pada Ogos 2021, pasangan dua sejoli itu mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram