
GOLONGAN wanita sering dianggap insan lemah, emosi dan kurang berdaya saing dalam segenap sudut berbanding lelaki.
Namun, persepsi negatif itu mula beralih ke fasa baharu apabila ramai wanita masa kini semakin berani mencuba perkara baharu yang satu ketika dahulu disifatkan kurang sesuai bagi mereka.
Dari segi pekerjaan, hobi ataupun kerjaya, rata-ratanya sudah selangkah jauh ke hadapan meninggalkan takuk lama yang dahulunya dipandang rendah masyarakat.
BACA LAGI: Lahir dengan ‘birth mark’ di muka, ibu hidap kencing manis bersyukur dianugerahkan bayi 'ajaib'
BACA LAGI: Ramai tak cakna, serendah RM55 jalani ujian saringan kanser di cawangan LPPKN
Kini, status wanita hebat atau strong woman mula menghiasi keratan akhbar ekoran kemunculan beberapa tokoh wanita yang tumbuh bagaikan cendawan kebelakangan ini.
Di Malaysia, anugerah Biduanita Negara oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza misalnya bukti jelas menunjukkan golongan wanita berpotensi diangkat sebagai pemimpin dunia kelak.
Pakar perunding rumah tangga dan keluarga, Sharifah Zahidah menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat merungkai definisi sebenar di sebalik gelaran strong woman.
Definisi wanita hebat merangkumi pelbagai aspek dari sudut luaran dan dalaman. — Gambar hiasan
1. Tahu nilai dan kedudukan
Golongan wanita tahu bila kena taat, bila kena diam. Mereka tidak membuta tuli menyerahkan prinsip dan kepercayaan untuk dipengaruhi orang lain tanpa hujjah yang benar daripada al-Quran.
2. Tidak takut dibuang, tak leka disayangi
Wanita jenis ini tidak menyandarkan harapan dan kehidupan mereka selain daripada ALLAH.
Orang buang, mereka tetap di situ, orang sayang, mereka tetap tak lupa hala tuju.
3. Berilmu dan sentiasa cari ilmu
Mereka tidak -mudah ditipu hanya dengan ayat indah dan terma-terma mempesona.
Semua hitam, putih, biru, merah, jingga adalah jelas pada mata wanita jenis ini dan mereka tahu hala tuju dimahukan dalam kehidupan.
4. Bahagia saat berteman, saat sendiri
Wanita ini tidak meletakkan kebahagiaannya dalam tangan orang lain. Mereka tahu perlu bertanggungjawab terhadap kebahagiaan diri sendiri bukan orang lain.
Kebahagiaannya tidak dipengaruhi oleh banyak atau sikitnya orang yang menyukai, malah membencinya.
5. Tidak menyusahkan orang
Sentiasa berpendirian dan berdikari. Bukan kerana curigai suami atau takut dengan masa depan sendiri.
Tetapi tahu, jika berdikari kelak apabila tiba hari yang sukar akan lebih mudah melakukan persiapan.
Pun begitu, segelintir pihak beranggapan kumpulan wanita dengan ciri sedemikian kurang disenangi kerana mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Walau apa juga situasi dihadapi, golongan wanita seharusnya tidak menoleh ke belakang, sebaliknya perlu segera melangkah lebih jauh dengan segala kekuatan dan kebolehan yang ada pada diri sendiri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram