
JENAMA fesyen terkemuka antarabangsa, Adidas menganjurkan kempen ‘The Original’ bagi meraikan generasi baharu menerusi fesyen dan gaya lebih menarik.
Merupakan francais ikonik yang direka khas oleh Adidas, ‘The Original’ menyampaikan mesej positif kepada seluruh dunia menerusi empat keluaran terbaharu iaitu Superstar II, Handball Spezial, Samba OG dan Firebird Tracksuit.
Menjalin kerjasama dengan kafe House of Wheat, Kuala Lumpur majlis pelancaran edisi khas tersebut berlangsung dengan cukup meriah di samping persembahan bertenaga oleh penyanyi popular, Ismail Izzani, 25.
BACA LAGI: Berpendidikan profesional, tiada istilah rugi buat Hawa Rizwana masuk industri hiburan
BACA LAGI: Berstatus bilionair di usia muda, Selena Gomez luaskan pengaruh luar dunia hiburan
Momen itu turut menjadi pentas apabila kesemua peminat setia jenama Adidas berkumpul dan saling bertukar pandangan mengenai fesyen dan trend pakaian generasi baharu.
Berperanan sebagai duta, Ismail Izzani mewakili generasi yang giat berusaha untuk berdiri teguh dalam bidang muzik dengan cara tersendiri, sekali gus melambangkan pembaharuan dalam edisi ‘The Original’.
Antara tetamu bergambar bersama barangan keluaran edisi khas Adidas ‘The Original’.
Pada majlis pelancaran itu, Ismail menghiburkan tetamu dengan menyanyikan sebanyak empat buah lagu diiringi petikan gitar dan drum daripada kumpulan pemuzik profesional.
Koleksi keluaran ‘The Original’ kini tersedia di seluruh gedung pakaian Adidas dan boleh dibeli pada harga seperti berikut:
- Kasut Superstar II (bermula RM569)
- Handball Spezial (RM449)
- Samba OG (RM569)
- Baju Track Firebird (RM429)
- Seluar Track Firebird (RM379)
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari laman web rasmi adidas.com.my ataupun seluruh laman sosial AdidasMY. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram