
MASYUR di pentas muzik K-Pop, anggota kumpulan Girls' Generation atau juga dikenali sebagai SNSD, Hyo-yeon, 35, baru-baru ini berkongsi pengalaman menarik ketika bercuti di Sabah.
Diundang sebagai salah seorang penyanyi pada Festival Muzik Bersatu di Kuala Lumpur dan Festival Muzik Flamewave di Kota Kinabalu, Sabah sekitar Disember lalu, Hyo-yeon sempat meluangkan masa berkunjung ke lokasi menarik negara.
Berkongsi momen itu di laman Instagram peribadi pada Selasa, pelantun lagu Retro Romance tersebut nyata cukup gembira menikmati hidangan lazat mi kari laksa dan udang mentega di samping landskap indah matahari terbenam di Kota Kinabalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Pelakon legenda puji keperibadian Amira, sentiasa rendah diri, tak sombong walaupun popular
BACA LAGI: Lagu APT Rose Blackpink-Bruno Mars didakwa bawa unsur lucah, tak sesuai untuk kanak-kanak
Selain itu, tarikan seni graviti di lorong Kwai Chai Hong, Kuala Lumpur turut dikunjungi penyanyi popular tersebut yang kelihatan cukup teruja bergambar dengan berlatarbelakangkan mural berkenaan.
Hyoyeon at Petaling Street Kuala Lumpur pic.twitter.com/IQk0KOgBAM
— HYURETRO ROMANCE (@HYOYEON_Updates) February 27, 2025
Dalam pada itu, Hyo-yeon turut merakamkan momen indah itu menerusi video vlog di YouTube.
Tarikan pelancong sekitar Pasar Seni dan Petaling Street antara yang dikunjungi penyanyi berkenaan usai menghadiri konsert di ibu negara.
Dikerumuni ramai, Hyo-yeon tidak ketinggalan berswafoto dan meninggalkan tanda tangan khas buat peminat setianya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram