Demi sara 2 anak, bekas ratu cantik Hong Kong buat 'live' tutorial hingga lewat malam di TikTok


Tangkap layar Yeung ketika bersiaran langsung di laman sosial baru-baru ini.

DARI pentas peragaan dan fesyen, bekas ratu cantik Hong Kong, Shirley Yeung Sze-ki, 46, kini beralih ke bidang penstriman siaran langsung bidang masakan.

Kerap memuat naik video jualan dan tutorial memasak di aplikasi TikTok (dikenali sebagai Douyin di China), minatnya baharu itu bertujuan menampung perbelanjaan keperluan dan kelengkapan dua cahaya matanya.

Selain memasak, vlog percutian dan perkongsian rutin harian turut dijadikan sebagai pengisian video di laman sosial tersebut yang memiliki lebih jutaan pengikut.

BACA LAGI: Fenomena 'thank you kateyki', rupanya ada kisah di sebalik istilah manja cetusan Aon Samrutai

BACA LAGI: Penat dan stres jaga anak? Kajian saintis dedah ada manfaat baik kepada fungsi otak

Yeung merupakan bekas Ratu Cantik Hong Kong dan aktres popular suatu ketika dahulu.

Menerusi laporan media Hong Kong baru-baru ini, bekas pelakon dan pengacara itu dikatakan turut mengenakan bayaran 1,200 yuan (RM730) untuk bersiaran langsung dengan peminatnya.

Malah, Yeung turut dilihat bersiaran langsung hingga ke lewat malam kerana dipercayai mahu menyara kedua-dua anaknya, Krystal dan Kody, masing-masing berusia 13 dan 5 tahun.

Biarpun berstatus artis popular, kegigihan Yeung mencari rezeki meraih sokongan ramai yang rata-ratanya amat mengagumi sifat ditunjukkan.

Terdahulu, nama Yeung mula bersinar di pentas peragaan apabila dinobatkan sebagai Ratu Cantik Hong Kong pada 2001 sebelum menandatangani kontrak artis rakaman syarikat TVB City di negara tersebut.

Dia kemudiannya membuat debut dalam dunia lakonan menerusi drama siri The Threat Of Love 2 (2007), Angels Of Mission (2004), Always Ready (2005) dan banyak lagi.

Pun begitu, era kegemilangannya sedikit tercalar apabila terpalit kontroversi rumah tangga yang menjejaskan karier seninya sekitar 2012.

Memilih untuk berdiam diri dan kunci mulut berhubung identiti bapa kepada dua anaknya, kini Yeung lebih fokus berperanan sebagai ibu dan pada masa sama menyara keluarga kecilnya itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram