Bangkit lepas rumah tangga bergolak, bekas rakan niaga dakwa bisnes pai Zahnita dilanda masalah


  • Massa
  • Khamis, 10 Apr 2025

Perniagaan pai milik Zahnita (kiri) dipercayai sedang mengalami masalah.

UMUM mengetahui pelakon dan model Zahnita Wilson, 40, sibuk menguruskan jualan pai buatan tangan menerusi akaun media sosial miliknya.

Bagaimanapun baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan perniagaan beliau kini sedang berdepan masalah ekoran kegagalan untuk menyelesaikan tempahan pelanggan, meskipun ada antaranya sudah melaksanakan pembayaran.

Dakwaan mengenai isu tersebut dikongsikan sendiri oleh individu dipercayai bekas rakan niaga yang terlibat dalam perniagaan Zahnita Humble Pie.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu tak tahan sebak, bapa cukur rambut tanda sokongan anak hidap leukemia

BACA LAGI: Sedar tak sedar 2 dekad sudah tinggalkan dunia lakonan, Zahnita Wilson kini fokus bisnes 'Humble Pie' resipi istimewa mentua

Menerusi akaun aplikasi Thread menggunakan nama neysahz, individu tersebut mendakwa, beliau juga antara pihak terawal menyumbang bantuan dari segi kewangan untuk bekas peragawati itu keluar dari rumah selepas mendakwa dirinya dibelasah suami.

"Beliau (Zahnita) dah rancang lama sebelum (kisahnya) tular lagi. Ya, dulu saya pun naif percaya dengan cerita dia. 

"Namun selepas bekerjasama dari Ogos 2024 sehingga Februari 2025, banyak perihal diri beliau yang selalu diubah sampai berputar otak saya dan rakan-rakan lain.

"Saya rasa benda yang saya buat serba tak kena dan mungkin tak berkat, ALLAH tunjuk jalan keluar ketika bisnes tengah di atas. Saya tak menyesal dengan tindakan ini.

"'Kisah dongeng' yang disajikan kepada satu dunia adalah tidak benar. Saya turut bersimpati ke atas anak-anak, suami dan ibu mertua atas segala damage yang berlaku," dakwanya.

Beliau mengakui turut bersimpati dengan nasib empat anak Zahnita yang menerima impak akibat konflik tersebut selain tidak mendapat pembelaan daripada ibu mereka sendiri.

"Tak pernah sekali, beliau sebagai ibu mempertahankan anak sulungnya ketika ditohmah satu dunia semasa beliau sedang SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kerana mempertahankan ayahnya.

"Saya dah pernah ingatkan untuk beliau buat video bagi mempertahankan anak-anak.

"Banyak lagi saya nak dedahkan. Beliau telah hancurkan masa depan anak-anaknya termasuk anak bongsunya. Namun, saya yakin beliau juga berusaha beri terbaik untuk mereka,” ujarnya. 

Tinjauan di Instagram Zahnita bagaimanapun menyaksikan pelakon tersebut masih aktif mempromosikan pai selain turut menerima tempahan pelanggan.

Pada 3 Disember tahun lalu, dunia hiburan digemparkan dengan tindakan Zahnita memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang susulan pendedahan dirinya berdepan penderaan domestik.

Abdul Zackery ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan namun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isteri.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram