Fenomena 'thank you kateyki', rupanya ada kisah di sebalik istilah manja cetusan Aon Samrutai


  • Relaks
  • Khamis, 10 Apr 2025

Aon sering tampil bersama pengawal keselamatan dan pembantu rumahnya menerusi kandungan video beliau.

'THANK you kateyki' kedengaran agak pelik, tetapi comel bukan? frasa itu tiba-tiba memenuhi ruangan TikTok tahun lalu.

Bermula daripada klip jenaka sehingga parodi selebriti, semua terjebak dengan trend ini.

Frasa unik itu bukan sahaja menjadi sebutan ramai, malah mencetuskan trend tersendiri di media sosial, khususnya di TikTok.

Beberapa selebriti turut tidak ketinggalan menyertai fenomena ini.

BACA LAGI: Mac bukan sekadar ulang tahun kelahiran, Elfira imbas detik manis Ramadan, peluang refleksi diri lebih mendalam

BACA LAGI: [VIDEO] Meriah beraya di Kuala Lipis, TokTi sempat 'reunion' dengan rakan sekolah

Namun, persoalannya, siapakah pencetus sebenarnya? Dan bagaimana istilah 'kateyki' mula menjadi ikutan?

Dalam satu temu bual bersama Harper's Bazaar Singapore, pencetusnya yang juga pempengaruh dan usahawan barangan jenama mewah, Aon Samrutai menjelaskan bahawa 'kateyki' sebenarnya bukanlah istilah rasmi dalam bahasa Thai ataupun bahasa antarabangsa.

Sebaliknya, ia tercipta secara spontan ketika beliau cuba memanggil pengawal keselamatannya dalam nada manja dan bersahaja.

“Saya dapat ilham nama itu ketika sedang merakam kandungan secara santai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan saya. Apabila saya bertanya namanya, dia memberitahu namanya Tae.

"Saya tak mahu hanya panggil ‘Tae’, jadi saya berikan panggilan nama iaitu ‘kateyki’,” jelasnya yang sering tampil berbusana mewah.

Tambahnya lagi, beliau mempunyai ramai pengawal keselamatan dan semuanya kini digelar dengan nama sama.

Dalam bahasa Thai, perkataan ‘ka’ merujuk kepada ‘khun’, satu bentuk sapaan sopan untuk orang lain.

Gabungan ‘khun-Tae-ki’ inilah yang akhirnya membentuk frasa mesra ‘kateyki’.

Ungkapan itu kini menjadi sebahagian daripada identiti kandungan media sosial Aon, yang sering menampilkan interaksi mesra bersama pengawal keselamatannya, sama ada di acara fesyen penggambaran mahupun ketika membeli-belah barangan mewah.

Ramai peminat menyifatkan 'kateyki' sebagai simbol kemesraan, keunikan, seiring dengan personaliti Aon yang ceria, bersahaja dan tetap elegan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram