[VIDEO] Hilang 7 anak dalam kandungan, wanita kerdil cekal hidup sendirian walau terpaksa menoreh getah


  • Benua
  • Khamis, 10 Apr 2025

Tangkap layar seorang wanita kerdil berjuang meneruskan hidup walaupun tinggal sendirian di perkampungan Pattani, Thailand.

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Itulah gambaran paling sesuai buat seorang wanita kerdil menetap di Pattani, Thailand ini yang cekal meneruskan hidup walaupun tinggal sebatang kara.

Dikurniakan rezeki mengandung lapan cahaya mata, namun menyedihkan tujuh bayinya difahamkan meninggal dunia ketika dalam kandungan.

BACA LAGI: Hilang arah pemergian ibu, wanita Penanti bangkit berniaga, anak sulung kena kuat

BACA LAGI: Bosan diejek gemuk, ibu tunggal hisap dadah sebagai jalan pintas, tahan sakit rindu beraya tanpa anak di sisi

Menjadi peneman dikala kesunyian, wanita mesra disapa 'Mok' itu walau bagaimanapun bersyukur dianugerahkan rezeki zuriat apabila melahirkan seorang anak perempuan difahamkan telah berkahwin.

Pun begitu, individu berusia 70 tahun itu difahamkan tinggal sendirian di sebuah perkampungan Pattani dan masih berjuang meneruskan kehidupan dengan menoreh getah.

Perkongsian video seorang pempengaruh Thailand di TikTok baru-baru ini memaparkan segala pahit getir dihadapi insan bergelar ibu tersebut.

Paling mengagumkan, keringat dan tenaga wanita warga emas itu langsung tidak menggambarkan usianya apabila masih mampu mengusahakan kebun getah dimiliki.

Tidak mengharapkan mana-mana bantuan mahupun sumbangan masyarakat, Mok sebaliknya lebih gemar ke kebun setiap hari sebagai sumber rezekinya.

Selang tiga bulan sekali, anak perempuannya yang kini menetap di Yala, Thailand, akan pulang melawat dan menghulurkan wang belanja sebanyak 50 baht (RM6).

Meskipun nilainya kedengaran terlalu rendah dan tidak mencukupi, wanita tersebut masih mampu tersenyum dan tidak pernah kesal atas dugaan dihadapi.

Kisah tersebut meraih perkongsian ramai warga maya yang nyata cukup tersentuh dengan kisah perjalanan hidup wanita kerdil tersebut.

Bersyukur atas nikmat rezeki dan kesihatan diberikan, masyarakat seharusnya menjadikan ia sebagai teladan agar tidak lupa nasib individu kurang bernasib baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram