Penat dan stres jaga anak? Kajian saintis dedah ada manfaat baik kepada fungsi otak


  • Sihat
  • Khamis, 10 Apr 2025

Golongan ibu berdepan cabaran besar dalam membesarkan anak-anak di usia kecil. — Gambar hiasan

PENAT, stres dan mental tertekan. Demikian antara situasi sering dikaitkan dengan cabaran ibu bapa dalam membesarkan anak-anak sewaktu kecil.

Tidak dinafikan nikmat bergelar ibu bapa itu sememangnya manis namun, ia hadir dengan tanggungjawab besar perlu dilaksanakan yang nyata menuntut komitmen tinggi daripada pasangan suami isteri.

Laman media sosial kebelakangan ini acap kali dihiasi berita negatif berhubung isu kesihatan mental berkaitan penjagaan anak terutamanya ketika mereka di usia bayi yang perkara berkenaan jelas mengundang perhatian ramai.

BACA LAGI: [VIDEO] Turun 16kg dengan berjalan, Uyaina Arshad kongsi tip sihat cara mudah menerusi komuniti #SudahJalanKeBelum

BACA LAGI: 4 anak Sheikh Muszaphar cemerlang peperiksaan bahasa Inggeris di Korea Selatan, raih pingat berlian, emas dan gangsa

Tetapi, lain pula kisahnya apabila kajian dijalankan sekumpulan saintis dari Universiti Rutgers di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, merungkai kebaikan di sebalik isu berbangkit.

Berdasarkan hasil kajian terbitan Proceedings of the National Academy of Sciences, AS, penyelidik mendapati bahawa peranan ibu bapa mempengaruh penuaan fungsi otak.

Ibu bapa kerap berdepan stres ketika melayan kerenah si kecil. — Gambar hiasan

Membesarkan anak yang ramai dilaporkan mampu menghubungkan sel otak dengan lebih baik terutamanya dalam fungsi ransangan dan pergerakan fizikal.

Selain itu, fungsi otak insan bergelar ibu bapa juga diyakini mampu terlindung daripada penuaaan khususnya bagi golongan berumur.

Kajian itu dibuat berdasarkan maklumat kesihatan merangkumi lebih 20,000 wanita dan 17,000 lelaki yang diambil dari pangkalan data perubatan UK Biobank.

Berupaya mengekalkan kesihatan baik bagi golongan usia emas, tekanan dalam menjaga anak boleh memberi manfaat kepada kesihatan otak sepanjang hayat sekali gus melewatkan kesan penuaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram