[VIDEO] Pelakon legenda puji keperibadian Amira, sentiasa rendah diri, tak sombong walaupun popular


  • Hiburan
  • Khamis, 10 Apr 2025

Amira Othman dipuji sangat merendah diri dan menghormati orang lain walaupun bergelar artis popular.

"SAYA sudah anggap dia sebagai seorang adik, sifatnya suka merendah diri".

Demikian pujian dilontarkan pelakon legenda perfileman tanah air, Liza Abdullah, 60, terhadap penyanyi Amira Othman, 31, yang disifatkan cukup sempurna di matanya.

Sudah lama mengenali penyanyi Kelahiran Johor Bahru, Johor itu, penghuni nama sebenar Nadia Amira Othman tersebut dipuji pelakon veteran tersebut kerana sentiasa menghormati orang lain walaupun sudah bergelar artis popular.

BACA LAGI: [VIDEO] Turun 16kg dengan berjalan, Uyaina Arshad kongsi tip sihat cara mudah menerusi komuniti #SudahJalanKeBelum

BACA LAGI: Suami bawa mentua duduk serumah dilabel ciri lelaki idaman, punca rezeki bertambah

"Saya sudah mengenali Amira lama, sebelum dia dikaitkan dengan Fattah Amin lagi. Saya sudah anggap dia sebagai seorang adik, sifatnya suka merendah diri.

"Memiliki rupa paras yang cantik, budi pekerti yang elok dan paling penting dia tidak sombong walaupun di mana dia berada.

"Kami selalu bertemu di majlis-majlis ilmu, majlis usrah, Amira memang sangat merendah diri," katanya menerusi satu hantaran tular di TikTok.

Mengulas lanjut isu khabar angin Amira yang dikaitkan bercinta dengan Fattah Amin, pelakon filem Ali Setan itu tumpang gembira jika perkara tersebut benar-benar menjadi kenyataan.

Menganggap mereka sebagai pasangan serasi, Liza berharap agar kedua-duanya disatukan di jenjang pelamin sekiranya benar-benar menyulam cinta.

"Apabila sekarang dia dikaitkan dengan Fattah, saya sebagai kakak mendoakan yang terbaik untuknya, lagi pula dia pun belum ada sesiapa lagi, masih solo.

"Dia selalu beritahu masih belum jodoh atau ‘boyfriend’, jadi kalau ALLAH jodohkan dia dengan Fattah, sama-samalah kita doakan," tambahnya.

 

 

Terdahulu, Amira meraih pujian melambung warga maya apabila dikatakan memiliki kriteria wanita idaman jejaka tempatan.

Menerusi temu bual podcast Ruang Cerita Zayan, pelantun lagu Hati-Hati itu mendedahkan dirinya sudah lama menjaga solat sejak di bangku sekolah kerana percaya ia sebagai pelindung daripada segala keburukan.

"Saya memang tak baik, saya adalah pendosa tetapi apa pun kena solat, itu tiang agama, jahatlah macam mana sekali pun kena solat.

"Alhamdulillah saya terapkan sejak sekolah lagi, tidaklah saya ini bagus tapi memang kena tunaikan solat, itu perkara asas.

"Syukur ia banyak selamatkan saya dan mak ayah memang selalu pantau walaupun berjauhan daripada keluarga," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram