
SENTIASA mengamalkan gaya hidup sihat, pelakon dan pengacara terkenal Uyaina Arshad, 32, atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 kilogram (kg).
Penurunan drastik itu dilakukan dengan cara mudah iaitu hanya berjalan atas mesin 'walking pad' setiap hari di kediamannya.
Merupakan rutin harian sejak beberapa bulan lalu, aktiviti sihat itu membuatkan Uyaina kini lebih aktif di samping berat badan ideal dan kesihatan mental yang baik.
BACA LAGI: [VIDEO] Meriah beraya di Kuala Lipis, TokTi sempat 'reunion' dengan rakan sekolah
BACA LAGI: Khir Rahman asalnya vokalis Iklim, pernah tuai album solo sebelum sertai 'Rimba Bara'
Turut mengajak orang ramai melakukan perkara sama, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu menubuhkan sebuah komuniti #SudahJalanKaBelum bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
Berkongsi hantaran di laman Instagram pada Selasa, Uyaina meyifatkan senaman itu sebagai langkah mudah untuk menurunkan berat badan selain tidak menjejaskan sebarang kesakitan di bahagian lutut ataupun jantung.
"So far I dah hilang lebih 16kg, hanya dengan berjalan dan sejujurnya berjalan adalah senaman yang I boleh buat setiap hari tanpa rasa penat. It’s kind to the knees and also to the heart.
"Buat yang tengah struggle nak turunkan berat badan, cuba berjalan. Jalan je, jangan fikir, jangan malas, jangan bagi alasan. Just walk," katanya.
Dalam pada itu, pengacara Wanita Hari Ini berkenaan turut mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk bersama melakukan aktiviti senaman tersebut.
Disertai ramai golongan peminat mahupun rakan artis, Bella Dally antara selebriti yang tampil menyatakan sokongan terhadap senaman tersebut.
"Lets gooooo," ujarnya di ruangan komen.
Terdahulu, Uyaina turut berkongsi tip awet muda dengan mengamalkan minuman air pucuk pegaga yang dikisar.
Jelasnya, minuman kesihatan itu sudah diamalkan sejak sekian lama dan kini masih menjadi rutin harian walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram