
SEBUAH filem aksi bertaraf antarabangsa, Blood Brothers: Bara Naga bakal menemui penonton di seluruh panggung wayang negara bermula 10 April nanti.
Buah tangan terbaharu terbitan Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios itu mengetengahkan kisah dunia gelap anggota mafia yang sangat jarang diterokai oleh penggiat industri seni tempatan.
Diarahkan dua pengarah tersohor tanah air Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, setiap adegan menjanjikan kepuasan maksimum menerusi aksi jenayah penuh muslihat yang diperkuat dengan visual serta sinematografi terbaik setaraf Hollywood.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Bidaah cerita betul', Erma Fatima dedah pernah berada dalam kumpulan jemaah seumpamanya
BACA LAGI: Lagu APT Rose Blackpink-Bruno Mars didakwa bawa unsur lucah, tak sesuai untuk kanak-kanak
Dibintangi pelakon hebat tempatan, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham antara tunjang utama filem berkenaan.
Syafiq Yusof yakin Blood Brothers: Bara Naga mampu tembus pasaran antarabangsa.
Mengambil masa lebih dua tahun menghasilkan naskhah itu, Syafiq Yusof yakin Blood Brothers: Bara Naga mampu bersaing di pentas antarabangsa ekoran kualiti serta komitmen penuh diberikan kru dan barisan pelakonnya.
"Dua tahun penuh dedikasi telah kami curahkan untuk menghasilkan Blood Brothers: Bara Naga.
"Setiap peringkat, bermula daripada perancangan, penulisan, penggambaran hingga pasca produksi, menyaksikan usaha gigih daripada seluruh kru dan pelakon.
"Saya yakin filem ini akan membuka lembaran baharu dalam industri filem negara dan memberi inspirasi kepada karyawan lain untuk menghasilkan karya yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya pada Isnin.
Blood Brothers: Bara Naga bakal menemui penonton di pawagam pada 10 April kelak.
Sementara itu pengarah bersama, Abhilash Chandra menyifatkan jalinan kerjasama dengan Syafiq merupakan satu pengalaman menarik yang membolehkan dia menerokai idea baharu yang lebih kreatif.
"Bekerja dengan Syafiq Yusof untuk Blood Brothers: Bara Naga memang satu perjalanan kreatif yang luar biasa.
"Kerjasama ini beri kami peluang untuk teroka idea baru dan cipta satu cerita yang berkesan dan kuat.
"Setiap babak ada impak dan tujuan tersendiri dan saya yakin penonton dapat rasa terhubung dengan jalan cerita yang kami bawakan ni,” ujarnya.
Tayangan awal filem itu bakal menggegar pawagam seawal 8 April di 146 lokasi pawagam terpilih seluruh negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram