4 anak Sheikh Muszaphar cemerlang peperiksaan bahasa Inggeris di Korea Selatan, raih pingat berlian, emas dan gangsa


  • Relaks
  • Isnin, 07 Apr 2025

Sheikh Muszaphar Shukor meraikan kejayaan empat anaknya pada pertandingan GALOSEA di Incheon.

SENTIASA mengutamakan pelajaran anak-anak, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 52, berkongsi pencapaian luar biasa anaknya di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.

Menyertai pertandingan Bahasa Inggeris antarabangsa, Global English Language Olympiad Southeast Asia (GELOSEA) terbahagi kepada empat kategori iaitu peringkat tadika, enam peringkat rendah (Gred 1 hingga 6), empat peringkat menengah (menengah 1 hingga 4) dan satu peringkat menengah kanan (Gred 11 dan 12).

Mula berkelana ke bumi Korea Selatan sejak Rabu lalu, empat anaknya mencatat keputusan cemerlang dengan masing-masing meraih pingat berlian, emas dan gangsa usai menerima penyampaian hadiah pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bidaah cerita betul', Erma Fatima dedah pernah berada dalam kumpulan jemaah seumpamanya

BACA LAGI: Lagu APT Rose Blackpink-Bruno Mars didakwa bawa unsur lucah, tak sesuai untuk kanak-kanak

Berkongsi momen di laman Instagram pada Isnin, Sheikh Muszaphar cukup berbangga atas kejayaan ditempa anak-anaknya usia muda.

Dibanjiri ucapan tahniah di ruangan komen, rata-ratanya tumpang gembira atas pencapaian luar biasa diperoleh keempat-empat anak angkasawan yang juga merupakan usahawan tersohor itu.

GELOSEA merupakan platform mengetengahkan kepentingan bahasa Inggeris di peringkat global.

Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan intelektual pelajar dalam komuniti antarabangsa, edisi 2025 kali ini bertempat di Incheon dan disertai peserta dari serata dunia.

Sentiasa peka dalam perkembangan pelajaran seawal usia bayi, anak kembarnya, Sheikh Adam tahun lalu turut memahat sejarah tersendiri apabila dinobatkan selaku Ikon Murid Cemerlang dan Tulisan Tercantik di sekolahnya.

Selain Adam, anak sulungnya, Sophia Isabella juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menerima tawaran daripada tiga institusi pendidikan hebat serentak iaitu Kolej Yayasan Saad, Kolej Tunku Kurshiah dan Kolej Genius Permata Pintar Negara (KPPN).

Bagaimanapun Sheikh Muzaffar memilih KPPN selepas berbincang bersama isteriny,  selain turut mendapat petunjuk melalui solat istikharah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram