Rai isteri dan ibu tercinta di Pulau Mutiara, resort tawar pakej menarik bersempena Hari Ibu


  • Relaks
  • Isnin, 07 Apr 2025

M Social Resort Penang menawarkan pelbagai pakej menarik sempena sambutan Hari Ibu Mei nanti.

MENJELANG sambutan Hari Ibu yang bakal tiba tidak lama lagi, Pulau Pinang menjadi salah sebuah destinasi terbaik bagi menyambut hari istimewa itu disamping bonda tercinta ataupun isteri yang sudah bergelar ibu. 

Sinonim dengan gelaran Pulau Mutiara, keindahan landskap pantai biru serta pemandangan indah matahari terbenam merupakan tarikan utama setiap pengunjung ke negeri tersebut.

Sempena sambutan Hari Ibu yang bakal tiba pada 11 Mei nanti, M Social Resort Penang menawarkan pelbagai pakej menarik yang direka khas buat individu bergelar ibu.

BACA LAGI: Jom ke Australia Barat, titik terdekat rakyat Malaysia dapat saksikan musim migrasi ikan paus terpanjang di dunia

BACA LAGI: Nikmati hidangan Michelin dalam pesawat, tentu sekali saat terbang di kelas pertama dan bisnes

Pengurus Besar Jasmine Keh berkata, M Social Resort Penang menyediakan pelbagai tarikan bermula dari penginapan mewah, set hidangan makanan lazat dan pelbagai lagi tawaran menarik buat seisi keluarga.

“Ibu-ibu layak dihormati setiap hari, tetapi sempena Hari Ibu, kami ingin menjadikan sambutan ini lebih bermakna melalui tawaran makan dan penginapan istimewa.

“Daripada hidangan menu tradisional Pulau Pinang hingga percutian di pesisir pantai, M Social Resort Penang menjanjikan pengalaman sukar dilupakan khas buat golongan ibu yang gemarkan suasana santai di tepi pantai.

M Social Resort Penang 

Terletak di pinggir pantai Tanjung Bungah, George Town, Pulau Pinang, M Social Resort Penang merupakan sebuah destinasi yang sarat dengan gabungan seni dan budaya di samping tarikan destinasi seperti Gurney Paragon Mall dan Seni Jalanan Penang.

Dilengkapi 318 buah bilik, hotel ini menawarkan pemandangan menakjubkan di sepanjang pesisiran pantai. 

Pengunjung boleh menikmati hidangan lazat di restoran utama M Social iaitu Beast and Butterflies di mana masakan tempatan dan antarabangsa menjadi tarikan utama di sini. 

Berikut merupakan antara tawaran menarik lain disajikan di M Social Resort Penang sempena sambutan istimewa Hari Ibu kelak.

1. Jamuan istimewa Hari Ibu

Raikan isteri atau ibu anda dengan menu lazat terdiri daripada hidangan kegemaran tempatan dan antarabangsa melalui bufet Hari Ibu M Social Resort Penang pada 11 Mei 2025 nanti.

Restoran Beast & Butterflies yang mula beroperasi pada 12 tengah hari hingga 3 petang, sedia untuk dikunjungi ibu tercinta di luar sana di samping pelbagai hidangan istimewa.

Restoran Beast & Butterflies menyajikan pelbagai hidangan lazat tempatan dan antarabangsa.

 

Menampilkan lima stesen masakan tempatan, hidangan Char Kuey Teow, Murtabak, Nasi Ayam Hainan bersama pilihan makanan laut segar pelbagai jenis antara tarikan hidangan makanan disajikan di restoran berkenaan.

Ruangan khas untuk golongan kanak-kanak turut tersedia dengan pilihan menu seperti spagetti, jejari ayam, waffle dan yogurt campuran pelbagai perasa.

Bagi mengisi masa lapang seisi keluarga, stesen kek cawan turut disediakan bagi membolehkan pengunjung menghias sendiri hidangan pencuci mulut itu sebagai hadiah istimewa pada si ibu.

Bufet Hari Ibu ini berharga RM98.00 seorang untuk dewasa, kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun dan warga emas berumur lebih 60 tahun akan menerima diskaun 50 peratus, manakala kanak-kanak bawah usia 5 tahun adalah percuma. 

2. Pakej Percutian Pulau 

M Social Resort Penang turut menawarkan pakej Percutian Pulau bermula dari RM888 untuk dua orang. 

M Social Resort Penang merupakan destinasi percutian terbaik sempena Hari Ibu.

 

Pakej eksklusif dua malam itu menyediakan akses ke bilik penginapan Social Cozy di Sunset Bay Wing yang dilengkapi set sarapan pagi setiap hari untuk dua orang di restoran Beast & Butterflies. 

Pengunjung juga akan menikmati baucar makanan bernilai RM 100 dan tiket masuk ke Tropical Spice Garden. 

3. Raikan dengan MyMillennium Rewards

Selama lebih 30 tahun, Millennium Hotels and Resorts telah menyusun pengalaman yang tidak akan dilupakan pengunjung hotel dari serata dunia. 

Tawaran istimewa bakal diperoleh bagi individu yang mendaftar keahlian MyMillennium. 

Tempah penginapan selama tiga malam dan perolehi sebanyak 3,000 mata bonus atau lanjutan penginapan sehingga sembilan malam untuk 30,000 mata.

Segala maklumat berkaitan tempahan dan tawaran sempena Hari Ibu boleh dilihat pada laman rasmi M Social Resort Penang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram