
BIARPUN berdarah keturunan Nigeria, kepetahan seorang remaja lelaki ini dalam bertutur bahasa dialek Terengganu mencuri perhatian warga maya.
Sekilas pandangan, perkara pertama terlintas di fikiran masyarakat pastinya menganggap individu berkenaan sebagai warga asing yang menetap di Malaysia.
Namun, siapa sangka bahawa pemuda yang mesra disapa Mubarak_mung di TikTok itu cukup fasih berbahasa Melayu di samping kenalannya yang juga rata-ratanya berbangsa Melayu.
BACA LAGI : [VIDEO] Dakwa barang kemas arwah dicuri selepas kejadian, famili mangsa nahas Terowong Menora terkilan
Menetap di Kuala Terengganu, Terengganu, kedua ibu bapanya difahamkan berasal dari Nigeria dan telah lama bermastautin di sini.
Aktif memuat naik video di TikTok, hantaran terbaharu pada Khamis menjadi bualan ramai ekoran pendedahan dibuat berkaitan asal usul dirinya.
Dalam pada itu, bapa kepada remaja berkenaan difahamkan merupakan seorang tenaga pengajar di salah sebuah universiti tempatan di Terengganu.
Hal itu sekali gus menjawab segala spekulasi warga maya yang tertanya-tanya akan kebolehan remaja itu berbahasa dialek Pantai Timur.
"Bagus betul fasih cakap Terengganu, walaupun asal bangsa asing tapi lagi lancar cakap Melayu daripada kita, senyuman manis cair kalau tengok lama-lama ni," kata Yasmeen.
"Terbalik ni selalunya orang kita yang suka cakap Inggeris sampai tak reti berbahasa Melayu, ni orang Nigeria pula cakap Terengganu tapi tak reti bahasa asal dia," ujar storea.co.
"Kalau macam ni punya sopan semua pun suka berkawan, bukan ALLAH saja sayang tapi kami pun suka dapat kenalan macam kamu, buat menantu pun molek," tambah Liza Arif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram