Jengkaut dikhuatiri tertimbus, tiada penemuan mayat di lokasi kebakaran Putra Heights — KP Selangor


  • 112
  • Jumaat, 04 Apr 2025

Hussein Omar Khan menjelaskan laporan awal siasatan kes letupan di Putra Heights dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi.

PIHAK polis kini dalam usaha menstabilkan tanah di lokasi kejadian letupan saluran paip gas dekat Putra Heights, Puchong, Selangor.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, laporan awal siasatan dijangka lengkap dalam tempoh dua minggu manakala laporan penuh pula bakal menyusul dua minggu kemudian.

BACA LAGI: [VIDEO] Api marak menjulang sampai langit, saluran paip gas bocor punca kebakaran di Putra Heights

BACA LAGI: [VIDEO] Tujuh mangsa kebakaran gas bocor di Putra Heights diselamatkan, bomba bantu penduduk kena bahang pindah

"Polis juga telah membuka satu kertas siasatan, memfokuskan kepada isu kecuaian," pihak kontraktor," katanya.

Tambahnya, kerja-kerja penggalian tanah telah dijalankan untuk menggantikan paip kumbahan kira-kira 30 meter (m) dari lokasi letupan tetapi ia telah dihentikan dua hari sebelum kejadian.

Dalam pada itu, sebuah jengkaut dikhuatiri tertimbus di lokasi berkenaan namun tiada mayat ditemui setakat Jumaat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram