
KERINDUAN dan kegembiraan apabila sehari lagi kita hendak meninggalkan Ramadan dan menerima kehadiran Syawal pastinya dirasai oleh semua umat Islam di dunia.
Perasan tersebut pastinya hadir dengan sendirinya, apatah lagi jika tahun ini menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa orang tersayang disekeliling.
Baru-baru ini, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan menziarahi makan keluarga Seri Paduka Baginda di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
BACA LAGI: Perpustakaan komuniti di JB tumpuan keluarga dan kanak-kanak, hidupkan amalan derma buku
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, terlihat raut wajah kerinduan seorang Permaisuri, dan seorang ibu sehingga menitis air mata apabila baginda hadir melihat makam anakanda keempat, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim.
Turut diziarahi baginda, makam Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail serta Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.
“Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong juga membaca Yasin sebelum meletakkan bunga dan menyiram air mawar ke atas pusara-pusara, termasuk Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim (Tunku Laksamana Johor) dan Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah," menurut kenyataan menerusi hantaran tersebut.
Raja Zarith Sofiah sedang mengesat air bersama tidu ketika membacakan Yasin.
Dalam suasana keheningan di seluruh kawasan tersebut, terlihat baginda memegang tisu sambil mengelap air mata yang mengalir di raut wajahnya.
Terserlah kekuatan seorang wanita yang merupakan seorang permaisuri. Namun, siapa saja yang dapat menahan air seorang ibu, yang merindui anak dan ahli keluarga yang sudah tiada di sisi.
Baginda Permaisuri melihat cincin yang pernah dipakaikan oleh Almarhum Tunku Laksamana suatu ketika dahulu.
Turut kelihatan paparan baginda melihat cincin di jarinya ketika membacakan ayat Yassin di atas sebuah kerusi.
"Cincin ini satu-satunya yang pernah Almarhum Tunku Laksamana pakai dahulu dan saya simpannya sehingga sekarang," titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran yang sama.
Tangkap layar ruangan komen di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Rata-rata warga maya tersentuh dan meluahkan rasa sedih dengan perkongsian tersebut dan mendoakan supaya keluarga baginda dicucuri rahmat.
“Kalau sudah namanya ibu,” respons dan spontan seorang pengikut di ruangan komen Facebook.
“Naluri seorang ibu, apa yang tersirat di hati Tuanku hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Kami amat merindui Almarhum,” komen seorang lagi.
Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada seluruh keluarga baginda dan mereka di luar sana yang telah pergi meninggalkan dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram