Detik-detik penghujung Ramadan, Mizz Nina kumpul dana, bina masjid baharu buat komuniti pelarian di Washington


  • Relaks
  • Jumaat, 28 Mac 2025

Mizz Nina beri sokongan Masjid baharu buat Komuniti Pelarian Cham.

BEKAS penyanyi dan aktivis kemanusiaan terkenal, Mizz Nina sering berkongsi gerakan dakwah bersama suaminya, Essam Muhammad di media sosial terutamanya yang berkaitan dengan kebajikan umat Islam di dalam dan luar negara.

Dalam masa beberapa hari sebelum berakhirnya bulan mulia ini, Mizz Nina mengajak para pengikutnya di media sosial untuk bersama memberi sokongan terhadap sebuah inisiatif mengumpul dana bagi membina masjid baharu di Seattle, Washington.

Sokongan terhadap pembinaan Masjid Jamiul Muslimeen dijalankan di bawah persatuan Komuniti Pelarian Cham yang dikendalikan oleh s.f.tclub, sebuah lagi komuniti wanita yang berpangkalan di Seattle.

BACA LAGI: Influenza bukan selesema biasa, waspada kondisi anak-anak, risiko komplikasi serius

BACA LAGI: Minum 8 gelas air sehari, suplemen kolagen oral tangani kedutan pada wajah

"Beberapa malam terakhir Ramadan untuk memberi sedekah jariyah bagi (membina) masjid baharu buat Komuniti Pelarian Cham,” katanya menerusi kapsyen di IG Story akaun miliknya.

 

Video tersebut memaparkan suasana orang ramai berkumpul untuk berbuka puasa sambil menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Alhamdulillah, ia adalah satu keberkatan untuk menjadi sebahagian daripada perhimpunan yang indah ini di @chamrefugeescommunity oleh @s.f.tclub.

“Barakallahu Fiikum! Semoga ALLAH SWT terus menurunkan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada kita di malam-malam terakhir Ramadan ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang bagi membantu pembinaan masjid baru mereka,” ujarnya menerusi kapsyen pada hantaran video yang sama.

 

Tangkap layar dari Instagram Mizz Nina yang menunjukkan jumlah yang sedang dikumpukan untuk dana membina masjid.

“Iftar tahunan keempat kami pada hari Jumaat yang lalu benar-benar sesuatu yang istimewa. Bertenaga, segar dan persahabatan yang indah menjadikannya malam yang tidak dapat dilupakan.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kepada semua saudari yang hebat yang bersama kami kehadiran anda menjadikannya lebih bermakna,” tambahnya.

Perkongsian di Intagram Story Mizz Nina.

Sementara itu, proses pembersihan tapak di lihat telah dijalankan di tapak masjid tersebut dan membuktikan bahawa, usaha sama pembinaan dan pengumpulan dana itu berjalan dengan baik.

Untuk rekod, Mizz Nina telah mendirikan rumah tangga kali kedua pada suku kedua tahun 2023 bersama suami tercinta Esaam Muhammad dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapatnya sahaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram