[VIDEO] Lebih 20 tahun berlalu, 2 beradik Cenderawasih masih lunak alunkan lagu Bersama Di Hari Raya


  • Hiburan
  • Sabtu, 29 Mac 2025

Kumpulan Cenderawasih kembali mengubati kerinduan peminatnya apabila muncul menyanyikan lagu Bersama Di Hari Raya.

LAGU malar segar berjudul Bersama Di Hari Raya merupakan antara karya wajib dimainkan di corong radio menjelang Hari Raya Aidilfitri saban tahun.

Dinyanyikan dua beradik dari kumpulan Cenderawasih, ia pertama kali dinyanyikan pada 2005 dan kekal menjadi satu-satunya lagu Syawal dinyanyikan penyanyi berbangsa India.

Ditubuhkan pada 1981, kumpulan dianggotai Irene dan Helen Savaree itu cukup fenomena satu ketika dahulu ekoran bakat serta keunikan dimiliki dalam mendendangkan lagu berbahasa Melayu.

BACA LAGI: Bukan kisah gosok periuk, Tam Spider dedah maksud sebenar di sebalik lagu ‘Aladin’

BACA LAGI: Real XPDC kini tinggal sejarah, trio Afiq Bruno bersama Nizam Jentik-Jentik, Wan Gegau harap tuah ‘Teka Teki Raya’

Lama menyepi dalam industri muzik tempatan, kumpulan duo itu baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila muncul menyanyikan lagu ikonik itu di laman sosial.

Biarpun kurang dikenali dalam kalangan generasi muda, peminat setianya menggelarkan mereka sebagai 'otai masih berbisa' susulan kemerduan suaranya yang cukup mengimbau nostalgia.

"Dah lama tak muncul tapi suara masih merdu, rindu betul Cenderawasih dulu popular sangat zaman 90an," kata Ulik Jemari.

"Ini la dia otai masih berbisa, lagu yang menyatukan masyarakat berbilang bangsa negara setiap kali raya Aidilfitri," ujar Mohd Rahim.

"Fasih betul berbahasa Melayu, lagu raya pun ada tataertib sopan je di nyanyi, terima kasih ubati kerinduan kami yang lahir zaman 90an ni," tambah Umi.

Untuk rekod, sepanjang berkecimpung dalam bidang muzik, kumpulan itu telah menghasilkan tiga buah album iaitu Cenderawasih Volume 1, Sepanjang Perjalanan Ini (1984), Cenderawasih Volume 2 (1985) dan Cenderawasih Vol 3 (1986).

Selepas menamatkan pendidikan muzik di Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat (AS), kumpulan itu dibubarkan dan membawa haluan masing-masing.

Irene difahamkan telah menubuhkan sebuah kolej muzik di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai International College Of Music (ICOM), sementara kakaknya, Helen berpindah ke Switzerland bersama suaminya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram