Minum 8 gelas air sehari, suplemen kolagen oral tangani kedutan pada wajah


  • Sihat
  • Khamis, 27 Mac 2025

Keanjalan kulit merujuk pada kemampuan kulit untuk meregang dan kembali ke bentuk asalnya.

SEIRING pertambahan usia, perubahan pada kulit adalah perkara yang biasa dilihat. 

Garis halus di sekitar mata atau kulit yang tidak lagi kembali ke bentuk asalnya setelah ditarik atau dicubit mungkin menjadi tanda pertama yang anda perhatikan. 

Perubahan tersebut adalah hasil daripada kehilangan keanjalan kulit, yang dikenali sebagai elastosis.

Walaupun penuaan adalah sebahagian daripada proses kehidupan yang tidak dapat dielakkan, terdapat langkah berkesan untuk mengekalkan, bahkan memperbaiki keanjalan kulit.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu tak sangka ada hikmah anak baring waktu kereta kena hempap pokok di Rawang

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu tak sangka ada hikmah anak baring waktu kereta kena hempap pokok di Rawang

Keanjalan kulit

Merujuk pada kemampuan kulit untuk meregang dan kembali ke bentuk asalnya. Fungsi itu disokong dua protein utama, iaitu kolagen dan elastin. 

Kolagen memberi kekuatan dan kestabilan pada kulit, manakala elastin membolehkan kulit meregang dan kembali ke tempat asalnya. 

Malangnya dengan pertambahan usia, pengeluaran kedua-dua protein tersebut akan berkurang secara semula jadi. 

Selain itu, faktor persekitaran seperti pendedahan kepada sinar matahari, pencemaran udara dan pilihan gaya hidup seperti merokok serta pemakanan yang tidak sihat boleh mempercepat proses tersebut sekali gus menyebabkan kulit kelihatan kendur, berkedut dan tanda-tanda penuaan lain.

For facial massage, the cream will depend on skin type and condition. Start the massage after a light application over the entire neck and face area.

Perubahan pada kulit adalah perkara yang biasa dilihat seiring pertambahan usia.

Di sini Majoriti senaraikan antara langkah praktikal dalam menjaga keanjalan kulit:

1) Lindungi kulit 

Melindungi kulit daripada sinaran matahari adalah langkah utama dalam memelihara keanjalan kulit. 

Pendedahan berpanjangan kepada sinar ultraviolet (UV) adalah salah satu penyebab utama kerosakan kolagen dan elastin. 

Menggunakan pelindung matahari setiap hari walaupun pada hari mendung, adalah sangat penting. 

Pilih pelindung matahari dengan faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya 30 dan padankan dengan pakaian pelindung seperti topi lebar dan lengan panjang.

2) Hidrasi yang cukup

Minum cukup air penting untuk mengekalkan hidrasi kulit. Air membantu mengekalkan kelembapan lapisan luar kulit, mengurangkan kekeringan dan memberi penampilan yang lebih licin dan tahan lasak. 

Disarankan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari, walaupun keperluan individu mungkin berbeza.

3) Berhenti merokok

Merokok adalah salah satu faktor yang paling merosakkan kulit. Ia merosakkan kolagen dan elastin, menyebabkan penurunan keanjalan kulit. 

Toksin dalam rokok juga menyempitkan saluran darah, mengurangkan aliran darah dan menghalang penghantaran oksigen serta nutrien ke kulit.

4) Senaman berkala

Suplemen kolagen oral dapat membantu mengurangkan kedutan.

Senaman mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit. Ia meningkatkan peredaran darah, yang seterusnya meningkatkan penghantaran oksigen dan nutrien ke kulit. 

Selain itu, senaman juga membantu mengurangkan stres, yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit.

5) Pemakanan seimbang

Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keanjalan kulit. Diet yang kaya dengan antioksidan dan vitamin seperti vitamin C, E serta karotenoid dan likopen, membantu melawan radikal bebas yang mempercepat proses penuaan. 

Makanan seperti buah sitrus, sayur-sayuran hijau, kacang, tomato dan lobak merah kaya dengan nutrien penting ini.

6) Suplemen kolagen oral

Kajian menunjukkan suplemen kolagen oral dapat membantu mengurangkan kedutan, meningkatkan hidrasi dan memperbaiki ketumpatan kulit. 

Sebagai contoh, satu kajian di Korea Selatan menunjukkan peningkatan dalam hidrasi kulit selepas pengambilan peptida kolagen dalam tempoh enam minggu.

Keanjalan kulit bukan hanya mencerminkan usia fizikal anda, tetapi juga tahap kesihatan dan penjagaan diri secara keseluruhan. 

Dengan menjaga kesihatan kulit, anda boleh menikmati keyakinan dan vitaliti yang datang dengan kulit berseri dan tahan lasak pada setiap peringkat kehidupan. — The Star/DAVID CHANG/LEE YEE SAN/DR SEAN THUM

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram