
PENTING untuk memahami bahawa setiap individu adalah unik dan naik turun berat bdan itu adalah berdasarkan pelbagai sebab.
Apabila cuba memahami peningkatan berat badan dan mengapa sesetengah orang menghadapi kesukaran untuk menurunkannya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang.
Sebagai contoh hubungan antara usus dan otak yang mengawal rasa lapar dan kenyang serta berapa lama kita kekal kenyang.
Lebih sedekad kajian di Mayo Clinic telah membantu mengenal pasti ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan kumpulan individu yang dipanggil fenotip obesiti.
BACA LAGI: Ini sebabnya jangan bersuamikan lelaki curang, ancaman kebahagiaan rumah tangga
Setiap fenotip mempunyai kecenderungan genetik tertentu (iaitu, peningkatan kemungkinan untuk mengalami obesiti berdasarkan susunan genetik seseorang) dan berinteraksi secara berbeza dengan persekitaran mereka.
Dalam persekitaran masa kini, terdapat lebihan makanan dan kita kurang aktif berbanding dahulu.
Sesetengah individu mungkin berasa lapar antara waktu makan, manakala yang lain hanya makan satu hidangan besar sehari – ini semua dipengaruhi oleh faktor genetik.
Susunan genetik menentukan fenotip yang kita miliki dan dapat membantu membimbing rawatan untuk penurunan berat badan.
Setiap fenotip genetik ini, atau genotip, mengenal pasti jenis obesiti dan ubat yang paling sesuai.
Fenotip pertama dikenali sebagai "otak lapar", di mana pesakit dalam kategori ini mula makan tetapi tidak merasa kenyang, walaupun selepas mengambil hidangan besar dengan tambahan makanan berkali-kali.
Biasanya, keadaan ini diwarisi dalam keluarga.
Fenotip kedua dikenali sebagai "usus lapar", pesakit dalam kategori ini mula makan dan merasa kenyang selepas mengambil hidangan biasa, tetapi usus tidak menghantar isyarat tersebut ke otak.
Akibatnya, mereka tetap berasa lapar antara waktu makan.
Isyarat dari usus ke otak dihantar melalui hormon seperti glukagon-1 (GLP-1).
Setiap individu sepatutnya mempunyai pendekatan diet yang unik berdasarkan genotip dan fenotip mereka. — Gambar hiasan
Ubat semaglutida berfungsi dengan meniru hormon GLP-1, menghubungkan isyarat antara usus dan otak serta memberi tahu otak bahawa sudah kenyang.
Kumpulan pesakit lain adalah mereka yang mengalami lapar emosi.
Sama ada pada hari baik atau buruk, mereka cenderung untuk makan sebagai cara mengatasi emosi.
Kumpulan keempat pula terdiri daripada pesakit dengan "pembakaran perlahan" atau metabolisme yang tidak normal, di mana tubuh mereka tidak membakar semua kalori yang mereka ambil.
Melihat keempat-empat fenotip ini boleh membantu menyesuaikan terapi obesiti secara individu.
Bagaimana genetik berkaitan dengan fenotip obesiti boleh membantu menentukan ubat yang sesuai untuk diberikan.
Selain itu, setiap individu sepatutnya mempunyai pendekatan diet yang unik berdasarkan genotip dan fenotip mereka.
Kebanyakan diet sebelum ini lebih menumpukan kepada komplikasi berkaitan obesiti, seperti menguruskan diabetes jenis 2 atau mencegah risiko jantung, tetapi tiada yang disesuaikan mengikut fenotip.
Konsep diet yang disesuaikan dengan fenotip berasal daripada pelbagai kajian yang menunjukkan manfaat metabolik semasa dan selepas pelan diet.
Hasil kajian ini kemudian dipadankan dengan setiap fenotip bagi menentukan cadangan diet yang sesuai oleh Dr Andres Acosta/Mayo Clinic News Network/Tribune News Service
Dr Andres Acosta ialah seorang pakar bariatrik dan ahli gastroenterologi di Mayo Clinic, Minnesota, Amerika Syarikat. — TheStar
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram