Barisan model Nala peraga koleksi raya sambil 'catwalk' di atas jambatan Silverlakes, Perak


  • Relaks
  • Isnin, 24 Mac 2025

Kebaya yang dihiasi sulaman bermotif bunga itu diilhamkan oleh bunga-bungaan Batu Gajah untuk koleksi raya.

BERTEMPAT di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, Perak, lokasi tersebut dipilih sebagai lokasi acara peragaan Nala sempena hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut kurang daripada tujuh hari lagi.

Dihiasi dengan pemandangan tasik yang luas dan terbuka, kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai apabila terdapat laluan atas jambatan yang menghidupkan lagi acara fesyen raya itu yang dikendalikan oleh pasukan Nalasendiri.

Koleksi kali ini menampilkan konsep ‘Evergreen’ yang direka untuk menjadikan pakaian yang disarungkan pada Hari Raya Aidilfitri tampak klasik dan abadi kepada para pelanggan setianya.

BACA LAGI: Status malim gunung bukan hak lelaki, Eima terus gali ilmu walau lebih 20 tahun pengalaman keluar masuk hutan

BACA LAGI: Keanggunan koleksi abaya Alfaro, pesona Fasha Sandha persis ratu Arab

Bermain dengan elemen tradisional sambil memberikan sentuhan segar dariapad NALA Design.

Bermain dengan elemen tradisional sambil memberikan sentuhan segar, Nala menampilkan kebarung dari denim dengan interpretasi elemen moden berpotongan klasik.

Kebaya yang dihiasi sulaman bermotif bunga itu diilhamkan oleh bunga-bungaan tempatan, menggunakan kain voile kapas sebagai fabrik utama. Setiap penghasilan baju tersebut amat mementingkan keselesaan setiap kali memakainya.

Langkah berani untuk keluar daripada ciptaan konvensional dan menggantikannya dengan sarung tradisional bersama celana menjadikan setiap rekaan unik.

Koleksi berkonsepkan ‘Evergreen’ yang direka untuk menjadikan pakaian yang disarungkan pada Hari Raya Aidilfitri tampak lembut, ringan dan mudah.

Walaupun ada cawangan butik Nala terletak di Silverlakes Village Outlet, salah satu sebab acara istimewa tersebut dianjurkan di Perak adalah untuk mengetengahkan keindahan lokasi di Batu Gajah, Perak..

“Koleksi kebaya Nala kali ini diilhamkan dengan elemen-elemen tradisi dan alam semula jadi yang diinspirasikan dari Batu Gajah sendiri.

“Malah, model-model yang terlibat turut dipilih daripada bakat-bakat tempatan yang berasal dari Ipoh, Perak. Pertunjukan yang berlangsung selama empat jam itu jelas memberikan kegembiraan dan keajaibannya akan terus saya simpan dalam kotak kenangan selama-lamanya,” kata Lisette Scheers, Pengasas dan Pereka Nala Design.

 

 

Salah satu koleksi baju raya yang dinama kan "Who’s wearing the pants Kebarung" (Paper Patels Celadon).

Salah satu koleksi baju raya lain yang diketengahkan adalah ‘Who’s wearing the pants Kebarung’ (Paper Patels Celadon). Sesejuk mata memandang, pakaian berkenaan dikeluarkan dalam versi lelaki dan wanita. Menggunakan bahan 100 peratus Voile Kapas bersama seluar Flair denim kapas.

 

 

Pakaian lain yang ada antaranya set kebaya kimono bersama sarung serta set pakaian lelaki. 

Musim perayaan ini, Nala menjemput anda semua untuk hadir ke premisnya di Silverlakes Village Outlet dan promosi raya akan berlangsung sehingga penghujung April. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Nala Design.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram