[VIDEO] Terhibur keletah comel Kak Cik Yah mola-mola, ramai beratur nak jadi 'cucu online'


  • Relaks
  • Ahad, 16 Mac 2025

Kak Cik Yah diangkat menjadi duta Pak Mat Western untuk mempromosikan kambing perap menerusi akaun TikTok miliknya. — Instagram/pakmatwesterncafe

KELETAH bersahaja ditambah suara comel dipaparkan Kak Cik Yah ketika memuat naik video tutorial masakannya di aplikasi TikTok semakin mencuit hati warga maya.

Berusia 75 tahun, video resipi masakan Kak Cik Yah atau nama sebenarnya, Nariah Ahmad sentiasa dinanti-nantikan pengikutnya yang menggelarkan diri mereka sebagai cucu online.

Mula aktif di TikTok pada Julai 2023, nama wanita itu melonjak naik ketika Ramasan selepas beberapa video masakannya tular hingga pernah mencecah lebih tiga juta tontonan.

BACA LAGI: Badan naik merah terkena sinaran UV walaupun sesaat, ketahui risiko penyakit Xeroderma Pigmentosum mengundang kanser

BACA LAGI: Badan naik merah terkena sinaran UV walaupun sesaat, ketahui risiko penyakit Xeroderma Pigmentosum mengundang kanser

Dikenali dengan frasa 'mola-mola' di setiap permulaan video, warga maya juga tidak terlepas menyaksikan perwatakan selamba Kak Cik Yah semasa membuat siaran langsung di aplikasi tersebut.

Melihat perkongsian yang dimuat naik, wanita yang dikategorikan sebagai 'comel' itu difahamkan seorang yang gemar mengambil gambar dan merakam kenangan walau ke mana sahaja lokasi kunjungannya.

Selain memasak, pengguna TikTok dengan lebih 300,000 juta pengikut itu turut menghasilkan ulasan makanan di kedai makan. 

Difahamkan Kak Cik Yah seorang yang gemar mengambil gambar kenangan walau ke mana sahaja lokasi kunjungannya.

Melihat populariti Kak Cik Yah yang semakin melonjak, tidak hairanlah nenek kepada tujuh cucu itu diangkat menjadi duta jenama kambing perap terkemuka, Pak Mat Western yang paling berusia.

Berdasarkan perkongsian di Instagram pakmatwesterncafe, Kak Cik Yah seorang yang gemar bersedekah dan rezeki duta itu juga beliau gunakan untuk bersedekah selain sebagai tambahan kepada barangan keperluan hariannya.

"Atas faktor usia, jadual beliau perlu dijaga demi kesihatan beliau," tulisnya diruangan kapsyen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram