Wardah perkukuh komitmen dalam komuniti Islam global, turun padang semarak majlis iftar di bangunan ikonik London


  • Bizz
  • Jumaat, 14 Mac 2025

Majlis iftar anjuran Projek Khemah Ramadan itu menyatukan umat Islam dari pelbagai pelusuk dunia. — Instagram/wardahbeauty

DUA jenama di bawah Pharmacore Technology and Innovation (Paragon), Wardah Beauty dan Kahf mencipta sejarah sebagai sebahagian daripada Open Iftar London 2025 yang diadakan di Guildhall, salah satu bangunan bersejarah terbesar di London, United Kingdom (UK).

Majlis anjuran Projek Khemah Ramadan itu menyatukan umat Islam dari pelbagai pelusuk dunia dalam semangat persaudaraan sejagat, menonjolkan keindahan Ramadan sebagai waktu untuk mengeratkan hubungan sesama umat.

Seramai 750 umat Islam dari pelbagai latar belakang hadir pada majlis tersebut, mencipta suasana penuh kebersamaan di salah satu lokasi ikonik London.

BACA LAGI: [VIDEO] Pejabat pernah terbakar, dibelenggu hutang, pengasas Wardah kini antara wanita berpengaruh di Indonesia, tak suka tayang kemewahan

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

Kehadiran Wardah di Open Iftar London 2025 membuktikan bahawa kebaikan tidak mengenal sempadan. — Instagram/wardahbeauty

Acara itu juga diserikan dengan kehadiran beberapa tokoh penting termasuk Duta Besar Indonesia ke UK, H.E. Desra Believe; Komander Polis Kota London, Umer Khan OBE dan Lady Mayoress of the City of London, Florence King.

Kehadiran mereka mengukuhkan peranan Indonesia dalam aktiviti kebudayaan antarabangsa serta menyerlahkan betapa relevannya acara berkenaan di peringkat global.

Lebih daripada sekadar berkongsi hidangan berbuka puasa, Wardah berusaha membawa makna yang lebih mendalam tentang Ramadan, menguatkan hati dan membuat kebaikan.

Jenama kecantikan yang terkenal dengan inovasi dalam sains dan teknologi itu turut memperkenalkan pencipta kandungan pendidikan, Aisha Rizqy, yang mewakili Wardah dalam menyebarkan inspirasi dan nilai murni kepada masyarakat global.

Dalam acara itu, Wardah juga memperkenalkan program biasiswa al-Quran, inisiatif untuk mendekatkan umat Islam dengan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Jenama Kahf juga proaktif mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan diri. — Agensi

Program berkenaan menerima lebih 7,000 pendaftar dan mengajak setiap umat Islam menjadikan al-Quran sebagai cahaya dalam perjalanan hidup mereka.

Kehadiran Wardah di Open Iftar London 2025 membuktikan bahawa kebaikan tidak mengenal sempadan.

Selain itu, Kahf, jenama dandanan lelaki yang disahkan halal, terus mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan diri sebagai sebahagian daripada kesejahteraan rohani.

Kali ini merupakan tahun kedua Kahf menyertai Open Iftar London, mengukuhkan komitmennya untuk menyokong komuniti Islam global. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram