
GEMPAR seorang warga asing di Kuala Lumpur mendakwa dia memperoleh kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan parkir awam berhadapan kedainya.
Tindakan warga asing tersebut dilihat menaikkan kemarahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai hendak menggunakan petak tersebut bagi meletakkan kereta mereka.
Dalam rakaman yang tular di media sosial, berlaku situasi bertikam lidah antara lelaki tempatan itu dengan warga asing yang mendakwa parkir itu miliknya.
"DBKL bagi letak meja katanya, siap kurang ajar dengan orang Malaysia," tulis dalam video tersebut.
Warga asing itu mendakwa yang dia sudah memohon dan membayar kepada pihak DBKL untuk mendapatkan parkir tersebut supaya boleh digunakan untuk meletakkan mejanya bagi tujuan menjalankan perniagaan.
Namun begitu, apabila diminta untuk memberikan nama pegawai DBKL tersebut, warga asing itu dilihat gagal melakukannya.
Pihak Majoriti cuba mendapatkan komen daripada pihak DBKL mengenai perkara berkenaan namun masih tiada maklum balas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram