
DEMI memastikan kesihatannya terjaga dan mendapat rehat yang cukup, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman menyediakan tiga pengasuh peribadi.
Inisiatif itu dilakukan selepas pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, selamat melahirkan puteri sulung mereka Imane Lunara, pada 15 Disember tahun lalu.
BACA LAGI: Jadi contoh klinik kecantikan patuh syariah, Dermalane lantik Ustazah Asma' Harun sebagai penasihat
Intan teruja menikmati fasa berstatus ibu dan amat peka kondisi puteri sulungnya itu. — @intannajuwa
“Luna ada tiga babysitters dan mereka semua tinggal dengan kami. Seorang tolong pada sebelah siang, seorang waktu malam dan seorang lagi uruskan barang-barang Luna.
“Suami uruskan semua ini untuk pastikan saya dapat rehat yang cukup dan jaga diri sendiri,” katanya menerusi perkongsian di Instastorynya @intannajuwa ketika menjawab soalan daripada salah seorang pengikut beliau.
Bukan sahaja pengasuh, suami kepada pelakon drama Tuan Danial dan Setelah Ku Dimiliki itu turut menyediakan jururawat peribadi bantu memantau setiap perkembangan Intan dan Luna.
“Berita baik! Tiada lagi ke emergency. Suami dapatkan jururawat persendirian untuk tengokkan Luna 24 jam.
"Lega sangat. Suami juga menempatkan vital monitor di rumah untuk jururawat check kalau Luna ada apa-apa,” tambahnya.
Untuk rekod, Intan, 28, mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Azraf pada 18 Ogos 2023 dan majlis pernikahan mereka berlangsung di sebuah resort di Desaru Coast, Johor.
Beliau menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram