Senarai wanita Asia Barat paling berpengaruh, berani memecah tradisi demi mengangkat martabat kaum hawa


  • Relaks
  • Isnin, 10 Mac 2025

Sheikha Moza terkenal turut dikenali dalam perkhidmatannya sebagai Pengerusi Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti (QF).

BERSEMPENA Hari Wanita Sedunia, Majoriti berkongsi senarai lima wanita Asia Barat yang berjaya memecah tradisi setempat melalui pencapaian luar biasa dari sudut pekerjaan, sosioekonomi dan lain-lain.   

BACA LAGI: Demi kesejahteraan mental, wanita perlu berani keluar zon penderaan elak risiko kemurungan

BACA LAGI: Hati-hati ambil jamu, penggunaan bahan terlarang, tiada kajian santifik risiko kanser payudara dan rahim  

Sheikha Moza Nasser Al-Missned 

Tunku Yang Maha Mulia Sheikha Moza Nasser Al-Missned adalah ikon fesyen di peringkat serantau dan global, malah dikenali sebagai seorang dermawan yang kerap menganjurkan acara serta kerja amal. 

Beliau terlibat secara aktif dalam mempromosikan pendidikan serta reformasi sosial di Qatar dan seluruh dunia. 

Selain itu, Sheikha Moza turut berkhidmat sebagai Pengerusi Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti (QF).

Bahkan, beliau menjadi utusan khas bagi pendidikan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu) sejak 2003 hingga 2023. 

Dana Al Fardan  

Mengambil kekuatan dan potensi dalam dunia dan penulisan lagu, Dana Al Fardan pemerkasaan dirinya sebagai wanita pertama berbangsa Qatari yang menjadi penyanyi dan penulis lirik dari negara tersebut. 

Selain daripada menjadi Duta Budaya bagi Orkestra Filharmonik Qatar, Dana turut mencipta sejarah apabila menjadi komposer wanita rasmi untuk Kumpulan Qatar Airways. 

Pengiktirafan itu merangkumi siri penglibatan yang sangat berjaya dan gubahan dan persembahan 2016 The Beginning for Hamad International Airport sebagai lagu tema rasminya. 

Sheikha Asma Al Thani 

Bagi Sheikha Asma Al Thani, individu itu telah membanggakan seluruh negara Qatar apabila menjadi wanita pertama yang berjaya mendaki Gunung Everest pada 2022. 

Bahkan turut merangkul gelaran wanita pertama Qatar yang berjaya menghabiskan pendakian tujuh puncak dalam Explorers Grand Slam melibatkan pendakian ke puncak tertinggi di setiap benua. 

Ia merupakan cabaran fizikal dan mental yang hebat dan tuju puncak tersebit adalah Gunung Everest (Asia), Aconcagua (Amerika Selatan), Denali (Amerika Utara), Kilimanjaro (Afrika), Elbrus (Eropah), Vinson Massif (Antartika) dan Carstensz (Oseania). 

Amna Al Obaidly 

Amna Al Obaidly merupakan wanita pertama yang telah memecahkan legasi dalam industri penerbangan apabila menjadi juruterbang wanita pertama di negara tersebut. 

Wanita pertama dari Qatar itu mencapai pangkat kapten dalam sejarah penerbangan dan menjadi inspirasi bagi wanita di seluruh dunia.  

Kejayaan menjadi perintis dalam bidang penerbangan itu turut membuka jalan kepada lebih ramai wanita di Qatar dan seluruh dunia untuk mengejar kerjaya dalam industri penerbangan, yang sebelumnya didominasi oleh lelaki. 

Lulwa Al-Marri

 Dunia Sukan pula, menampilkan Lulwa Al-Marri iaitu atlet triatlon dan berbasikal yang diiktiraf sebagai wanita pertama Qatar yang menyelesaikan triathlon Ironman penuh. Beliau juga merupakan ahli pasukan kebangsaan Qatar. 

Pada Mac 2022, Lulwa meraih tempat kedua dalam QOC Ultimate Race Triathlon yang diadakan di Doha, dan hal itu melambangkan pencapaian cemerlang dalam kerjayanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram