Bekas penyanyi K-pop terkemuka kini selesa mengusahakan ladang sayuran


  • Relaks
  • Sabtu, 08 Mac 2025

Shoo menanam centella asiatica, sejenis herba yang dikenali dengan sifat antioksidannya

BARU-BARU ini, bekas penyanyi wanita K-Pop, Yoo Soo Young, 43, menjadi bahan bualan pengguna di media sosial. Bekas ahli kumpulan S.E.S ini tanpa segan silu berkongsi rutin kehidupannya hari ini sebagai petani berjaya.

"Saya tak boleh tidur dan saya mesti mahu bekerja. Saya nampak macam zombie. Banyak yang perlu dilakukan, tetapi saya menikmati proses menyiapkan segala-galanya sedikit demi sedikit," katanya menerusi petikan dari media Korea, Chosun Biz.

Perkongsian tersebut disertakan dengan gambar ladangnya seluas 4,950 meter persegi termasuk dirinya sedang membungkus dan memeriksa produk di situ.

BACA LAGI: 'Once upon a time', bek Tok Gajah kongsi kenangan bersama Selangor, hint sertai Gergasi Merah?

BACA LAGI: Lambakan import dalam JDT, Selangor di pentas Asia bawa manfaat buat Harimau Malaya

Bekas bintang Korea itu juga menggunakan hasil tanaman tersebut untuk membangunkan produk bersama syarikat kesihatannya sendiri iaitu Cicagen.

Difahamkan, Shoo mula menceburi industri pertanian melalui cadangan seorang rakannya. Kini, dia menanam centella asiatica, sejenis herba yang dikenali dengan sifat antioksidannya, yang biasa digunakan sebagai penenang, merawat dan meningkatkan kesihatan kulit.

Bekas bintang Korea itu juga menggunakan hasil tanaman tersebut untuk membangunkan produk bersama syarikat makanan tambahan (suplemen) kesihatannya, Cicagen.

Menurut Chosun Biz, Shoo sebelum ini disaman kerana gagal membayar hutang judi berjumlah 700 juta won (RM2.14 juta).

Laporan tersebut mendedahkan bahawa dia dituduh berjudi secara berulang kali, melibatkan ratusan juta won dalam 26 kes di luar negara antara Ogos 2016 dan Mei 2018.

Pada Februari 2019, Shoo dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan bersama dua tahun tempoh percubaan dan 80 jam khidmat masyarakat.

Sementara tu,  menurut laporan China Press sepanjang tahun-tahun lalu, dia telah menjual sayur-sayuran, pakaian bahkan bekerja di restoran untuk membayar hutangnya. — TheStar/ ANNDREA A. WEBBER

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram