
SEKTOR kerajaan harus menunjukkan contoh kepada syarikat swasta dalam memperkasakan wanita dalam kepimpinan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, walaupun sektor awam menyaksikan peningkatan wanita, dengan sekurang-kurangnya 30% lebih banyak lagi boleh dicapai dalam syarikat berkaitan kerajaan.
"Syarikat harus mula menilai mengapa bilangan pekerja wanita dalam jawatan tertinggi adalah kecil.
BACA LAGI: Rumitnya konflik suami isteri, mesti cepat bawa berbincang atau lebih baik teruskan berdiam diri
BACA LAGI: 8 NGO tempatan memperjuangkan pemerkasaan wanita
"Jika kerajaan tidak boleh membuktikan penglibatan wanita dalam kepimpinan tertinggi, tidak mustahil sektor swasta juga menggunakan cara yang sama," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Hari Wanita Antarabangsa 2025 pada Sabtu.
Anwar turut menekankan kepentingan kepimpinan wanita yang berkesan dalam menyuarakan kebebasan dan demokrasi.
"Dalam memastikan kejayaan Malaysia Madani, ia bermula dengan peranan keluarga dengan memastikan displin anak-anak selaras dengan prinsip sains dan harmoni.
"Maka, peranan seorang wanita sangat penting dalam masyarakat dan pembangunan egara," tambahnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan semasa pelancaran Hari Wanita Antarabangsa 2025 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Dalam majlis yang sama, Anwar turut melancarkan Dasar Wanita Negara, mengiktiraf ruang untuk pembaikan dan menggesa semua kementerian untuk memastikan pelaksanaan dasar dan pelan tindakan untuk pemerkasaan wanita.
Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Nancy Shukri.
Beliau menggesa agar pemerkasaan wanita diutamakan sebagai agenda utama dalam pembangunan negara untuk membina Malaysia yang inklusif dan progresif.
Beliau menambah bahawa ini harus dicapai melalui langkah strategik untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam peranan utama membuat keputusan dan membentuk hala tuju negara.
Dalam sidang akhbar, Nancy mengulangi gesaan Anwar untuk tindakan kolektif di kalangan semua kementerian dan NGO dalam pemerkasaan wanita. — TheStar/JUNAID IBRAHIM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram