
ANAK syarikat penerbangan kos rendah Singapore Airlines (SIA), Scoot menerbangkan pesawat dengan penglibatan hanya kru wanita pada penerbangan khas TR676/677 pergi balik dari Singapura ke Chiang Mai, Thailand bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2025.
Pendekatan tersebut adalah sebagai usaha meraikan pencapaian wanita dalam bidang penerbangan yang didominasi oleh lelaki.
Penerbangan istimewa itu diketua oleh Kapten Vanessa Khaw dan Pegawai Pertama Robyn Alexander.
BACA LAGI: [VIDEO] Berhenti belajar UiTM jaga ayah terlantar, Izzati Suza salur emosi pada komik dan karya seni
BACA LAGI: Tempias trend boikot beri 'keuntungan' buat Zlay, pelanggan beralih jenama lokal
Scoot menegaskan komitmen untuk mencipta persekitaran yang inklusif.
Kru tersebut terdiri daripada enam anggota berkemahiran, termasuk seorang kru daripada Malaysia, Siti Zubaidah, yang telah berkhidmat dengan Scoot selama lebih enam tahun.
Siti Zubaidah sempat berkongsi pengalaman berharga beliau bekerja dalam industri penerbangan.
“Dengan mentor yang hebat dan sokongan pasukan, saya belajar bahawa dengan semangat dan tekad, wanita boleh terbang tinggi dalam bidang penerbangan dan lebih jauh lagi," kongsinya.
Melalui inisiatif itu, Scoot menegaskan komitmennya untuk mencipta persekitaran yang inklusif dengan setiap individu, tanpa mengira jantina berpeluang untuk berkembang dan mengejar impian dalam industri penerbangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram