Karya seni batik Farah Mohan hiasi logo ikonik buaya jenama Lacoste sempena kempen Ramadan dan raya


  • Relaks
  • Khamis, 06 Mac 2025

Farah teruja mendapat kepercayaan menghasilkan karya batik dalam projek kolaboratif bersama Lacoste.

SIAPA sangka kemahiran dan kreativiti, Farah Mohan mencanting batik membuahkan hasil apabila berjaya memikat jenama antarabangsa kolaboratif dengan beliau.

Menerusi perkongsian akaun X, pelukis batik itu menunjukkan proses mencanting lukisan batik untuk diletakkan pada logo ikonik buaya jenama Lacoste.

Logo berbentuk buaya itu menjadi objek sempena kempen Ramadan dan raya dijalankan jenama tersebut.

BACA LAGI: Kecewa industri komik tak laku, kartunis Ujang gesa saluran TV khas buat pelukis komik animasi

BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor

Lacoste memberi kepercayaan penuh kepada Farah menghasilkan karya batik mengikut kreativitinya.

Lebih manis, ini merupakan kali pertama wanita tersebut menghasilkan karya dalam skala besar.

“Ini bukan sebuah jenaka, ini tidak mudah, terutamanya apabila saya melakukannya ketika bersama anak dalam kekangan masa. Bukan satu, tetapi empat set lukisan untuk dimuatkan pada (logo berbentuk buaya).

“Saya tidak pernah melakukannya pada skala (sebesar) ini sebelum ini, namun tetap mencadangkannya kepada Lacoste! Saya seronok, apabila mereka memberi kepercayaan penuh kepada saya!,” katanya.

Farah bersama batik yang menghiasi logo ikonik buaya jenama Lacoste.

Menurutnya, projek menghasilkan batik itu bukanlah mudah, apatah lagi perlu membahagikan masa melunaskan tanggungjawab sebagai ibu sehingga perlu membawa permata hati beliau bersama ketika menyiapkan kerja tersebut.

“Saya tidak dapat melakukannya tanpa keluarga. Merekalah sistem sokongan yang hebat dan saya sangat bersyukur tentang perkara ini.

“Kaklong dan suami saya membantu dari segi production dan pemasangan manakala dua adik-beradik perempuan tolong menjaga anak-anak. Memang tak mudah, tapi pasti lebih sukar tanpa bantuan mereka,” luahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp

 

 

logo, batik, Lacoste, buaya, X, canting