Peluang jadi bintang K-pop seperti Yoona Girls' Generation, SM Entertainment buka akademi di Singapura


  • Relaks
  • Isnin, 03 Mac 2025

Yoona merupakan ahli Girls' Generation antara kumpulan K-pop 'dilahirkan' oleh SM Entertainment. —@yoona__lim/smentertaiment

KEGILAAN gadis remaja terhadap dunia K-pop kini dilihat semakin hebat. Rata-rata golongan ini mengikut rapat perkembangan semasa, apatah lagu baharu oleh penyanyi kegemaran mereka.

Sehinggakan ada antara mereka mampu mengikuti rentak tarian dan menghafal lirik lagu seperti mana dipersembahkan oleh kumpulan K-pop pilihan sama ada yang ditayangkan di televisyen ataupun konsert.

Sehubungan itu, berita baik buat anda yang ingin menjadi bintang K-pop baik seperti Yoona Girls' Generation, anak syarikat SM Entertainment, SM Universe akan melancarkan akademi latihan K-pop pertama di Asia Tenggara bertempat di Singapura pada Jun depan.

BACA LAGI: Perjuangan diteruskan demi wanita dapat peluang saksama, bebas diskriminasi, KPWKM komited hak dan kebajikan kaum Hawa terbela

BACA LAGI:Permata sukan berbasikal Sawda siap siaga bersaing di arena antarabangsa, tuai emas pada ATC 2025

Akademi tersebut akan dijalankan di Scape, sebuah pusat beliau di Orchard Link, yang ketika sedang dalam proses ubah suai.

Program utama akademi ini menawarkan jadual latihan intensif selama 21 minggu yang memberi fokus kepada pembangunan dan memupuk kebolehan pelajar dalam nyanyian, tarian, dan penghasilan muzik.

Seterusnya, meningkatkan penampilan mereka di pentas secara keseluruhan.

Program ini akan berakhir dengan perjalanan pengayaan selama seminggu ke kampus SM Universe di Seoul, pelajar-pelajar terbaik berpeluang menghadiri uji bakat dengan agensi hiburan di Korea Selatan.

SM Entertainment adalah salah satu agensi K-pop terbesar di Korea Selatan dan berjaya 'menghasilkan' banyak grup yang bukan sahaja terkenal di Korea, bahkan seluruh dunia antaranya H.O.T., TVXQ, Super Junior dan Girls’ Generation.

Menurut jurucakap untuk kampus Singapura, tiada had umur ditetapkan untuk peserta, tetapi akademi itu menjangkakan mereka akan menerima penglibatan peserta berumur antara 13 hingga 18 tahun.

Kumpulan pelajar pertama terhad kepada 50 orang sahaja.

Program berkenaan mengenakan bayaran sekitar US$10,000 (RM44,675) dan kumpulan pelajar pertama dihadkan kepada 50 orang. Sementara itu, ujian dalam talian diperlukan sebelum pendaftaran untuk menentukan set kemahiran pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif SM Universe, Jae-won Jang, dalam satu kenyataan berkata, SM Universe teruja untuk berkembang ke Asia Tenggara dan memberi peluang kepada bakat-bakat baharu.

“Akademi ini akan menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada artis K-pop yang bercita-cita tinggi di rantau ini dan menjadi batu loncatan untuk mereka mengejar impian di pentas antarabangsa.

“Penubuhan di Singapura juga menunjukkan komitmen kami dalam membangunkan bakat dan memberikan peluang pertumbuhan yang tiada tandingan bagi artis muda di Asia Tenggara.” — TheStar/JANLEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram