
NAZIRAH AYUB, isteri kepada penyampai radio dan pelawak popular Nabil Ahmad, 41, tampil memberikan kata-kata semangat buat suaminya ekoran kontroversi melanda dirinya baru-baru ini.
Mengakui isu berlaku merupakan satu kesalahan, wanita berusia 37 tahun itu bagaimanapun berharap agar suaminya terus kuat menghadapi rintangan melanda.
BACA LAGI: Tiga penyampai ERA direhatkan serta-merta, Fahmi Fadzil arah MCMC buat siasatan penuh
BACA LAGI: Kartunis 'The Little Mamak' meninggal dunia akibat serangan jantung lepas pulang bazar Ramadan
"Ayah, jangan risau, semuanya akan baik-baik saja, anggaplah ini sebagai peringatan bahawa ALLAH mahu kita sentiasa mengingati-Nya, sama ada di waktu senang mahupun susah.
"Ayah ada kami, kami sekeluarga akan sentiasa menyokong dan menyayangi awak, awak adalah sosok yang cantik, penyayang, dan bapa terbaik," ciapnya menerusi hantaran di Threads pada Khamis, menggelar Nabil dengan panggilan ayah.
Menafikan segala tohmahan dan kritikan dilemparkan terhadap suaminya, Nazira tegas menyatakan bahawa dia lebih mengenali pelawak itu daripada orang lain.
"Saya peminat terbesar awak selamanya, mereka mungkin berkata buruk tentang awak tetapi saya lebih mengenali awak daripada orang lain," tambahnya.
Terdahulu, trio penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Radin Amir dan Azad Jasmin berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa mempersenda upacara agama Hindu.
Tindakan itu mencetus kemarahan penganut agama tersebut selepas dikatakan sengaja menghina dengan menyebut 'Vel, Vel' disusuli gelak tawa rakan lain.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut mengarahkan kesemua individu terlibat hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Khamis.
Polis mengesahkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan ketiga-tiga penyampai itu direhatkan serta merta daripada bertugas di radio terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram