![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/01/31/3141147.jpg)
KEPELBAGAIAN sukan lasak kian mendapat tempat di negara Malaysia berikutan bentuk muka bumi dan struktur semula jadi yang ada. Bahkan jumlah penggemar aktiviti itu semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Selaras minat yang semakin berkembang, kategori sukan tersebut turut dipelbagaikan dan kini aktiviti memanjat pokok mula menjadi kegilaan baharu.
Namun sukan lasak tersebut ternyata rumit kerana memerlukan seluruh penggunaan tubuh fizikal dan daya tenaga bersama teknik yang betul, tetapi menjanjikan kepuasan.
BACA LAGI: Berjaya 'comeback' ikat KL City, fans puji persembahan jentera serangan Tok Gajah
BACA LAGI: Lenjan KDN 7 gol tanpa balas, fans samakan Perak persis Liverpool
Presiden Persatuan Rekreasi Pokok Malaysia (MTCA), Mohd. Zulhusmi Jamalus memaklumkan, sukan terbabit dilakukan penuh teliti dengan sokongan peralatan keselamatan khusus untuk aktiviti memanjat seperti tali, abah-abah, topi dan sarung tangan.
Bagi peringkat permulaan peserta akan dilatih memanjat pokok dengan ketinggian rendah bagi memahami asas dan teknik.
Beliau berkata, MTCA yang ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu bertujuan mempromosikan aktiviti memanjat pokok dengan kaedah betul dan selamat.
“Kami menjalankan aktiviti dan latihan di Bandar Teknologi Kajang, Selangor. Sepanjang latihan, terdapat ramai orang tanpa mengira peringkat usia ingin cuba aktiviti memanjat pokok.
“Bagi yang baru berjinak-jinak biasanya akan dilatih memanjat pokok dengan ketinggian rendah terlebih dahulu supaya memahami asas dan tekniknya,” katanya.
Mohd. Zulhusmi memaklumkan aktiviti memanjat pokok turut dipertandingkan sehingga ke peringkat dunia.
Dalam pada itu, Mohd. Zulhusmi menyatakan sukan memanjat pokok bukan sekadar aktiviti lasak di kawasan tempatan, malah ia turut dipertandingkan sehingga ke peringkat dunia.
“Mereka yang berkeinginan menyertai sehingga ke peringkat antarabangsa, mereka perlu menyertai kursus memanjat terlebih dahulu kendalian persatuan memanjat termasuk MTCA.
“Peserta kursus akan memperoleh sijil yang bukan sahaja melayakkan mereka bagi aktif dalam sukan memanjat, bahkan boleh dijadikan perakuan untuk kerjaya tertentu seperti penebang ataupun pengkaji pokok,” ujar.
SIjil kemahiran panjat pokok bukan sahaja melayakkan mereka untuk aktif, bahkan boleh dijadikan perakuan kerjaya tertentu seperti penebang ataupun pengkaji pokok.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, Kejohanan Memanjat Pokok Asia- Pasifik 2024 (APTCC) yang diadakan di Kelab Golf Diraja Pahang, Kuantan, Pahang antara pertandingan bertaraf dunia melibatkan 51 peserta.
“Selain Malaysia, pertandingan yang berlangsung selama empat hari itu turut disertai peserta dari Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Singapura, Australia, Korea Selatan dan New Zealand.
“Lima pokok yang dipilih memenuhi kriteria ditetapkan bagi acara seperti aerial rescue, work climb, ascent, belayed speed climb dan throwline,” terangnya.
Ikatan tali asas yang perlu difahami dengan teliti sebelum melakukan aktiviti memanjat pokok.
Pada masa sama, Mohd. Zulhusmi juga menjelaskan, bahawa setiap pokok yang dipilih haruslah sihat dan bebas daripada berlubang dan berpenyakit demi keselamatan peserta.
“Pokok terpilih perlu mempunyai ketinggian dan cabaran dari segi cabang dan sesuai untuk mendaki,” katanya. InfoSukan memanjat Layari Facebook Malaysia Tree Climbers Association untuk aktiviti memanjat pokok,” jelasnya.
Kejohanan sukan dipertandingkan hanya terbuka kepada mereka yang mempunyai sijil kemahiran memanjat.
Acara sukan dipertandingkan hanya terbuka kepada mereka yang mempunyai sijil memanjat dan pemenang Kejohanan Memanjat Pokok Malaysia akan mewakili negara di peringkat antarabangsa.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram