[VIDEO] Celepets bukan sekadar grup vokal wanita


  • Hiburan
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Celepets bergiat aktif dalam membantu golongan yang memerlukan sejak 15 tahun lalu.

CAKAP sahaja mengenai Celepets pastinya ramai teringat tentang ahlinya yang terdiri daripada selebriti pupular seperti Dynas Mokhtar, Aishah Sinclair, Atilia Haron, Daphne Iking, Sazzy Falak, Serena C dan Yasmin Hani.

Selepas melakukan kerja amal selama 15 tahun, Sazzy Falak berkata, Celepets berimpian untuk menubuhkan satu badan pertubuhan secara sah bagi mewujudkan lebih banyak peluang dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Salah seorang yang sponsor program kami sarankan supaya build foundation kerana kalau ada badan pertubuhan yang sah dapat lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan korporat-korporat lain," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Perantau Hijau Kuning beraya sakan di padang bola, eratkan silaturahim ahli Kelab Kedah Serata-rata

BACA LAGI: [VIDEO] Leftenan Muda Chan Ming Youn 'terima tabik' orang ramai

Photo 5 (1)

Geng Celepets bergiat aktif dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ini kerana, Sazzy Falak menjelaskan bahawa ahlinya mahu bergiat lebih aktif untuk menganjurkan program secara lebih meluas lagi selepas ini.

"Kami mahu buat program bukan sahaja beri bantuan kepada golongan memerlukan tetapi juga mahu ajar mereka soft skill," katanya.

Sebelum ini, Celepets menerusi Celepets Care bergiat aktif dalam melakukan kerja-kerja amal seperti program Power to Empower yang membantu meningkatkan nama jenama usahawan-usahawan yang memerlukan.

Pada Jumaat, Celepets turut menganjurkan acara Celepets Care Raya 2024 bagi meraikan 15 tahun aktiviti khidmat masyarakat yang ditubuhkan.

Dalam acara itu, ahli Celepets menyumbang RM2,000 setiap seorang sebagai sumbangan peribadi mereka untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik.

Photo 4

Sazzy Falak menghulurkan duit raya pada acara Celepets Care Raya 2024.

Ahli Celepets turut mengambil peluang untuk mengagihkan duit raya kepada ibu tunggal dan anak-anak pada majlis ini.

Di samping itu, para tetamu mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dan juga pelbagai aktiviti permainan bagi menambahkan kemeriahan majlis tersebut.

Selaku rakan kongsi dalam Celepets Care, Niney Chong juga berkata, mereka sentiasa mencuba bagi membawakan sesuatu kelainan pada setiap tahun.

"Daripada hanya memberi sumbangan kewangan, di masa akan datang kami mahu ajar ibu-ibu tunggal dan wanita di luar sana untuk mengetahui lebih mendalam dalam perniagaan seperti mempelajari kelas keusahawan," katanya.

Photo 5

Acara Celepets Care Raya 2024 yang diadakan di Wanra Cafe, Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Celepets Care juga menjemput individu dan organisasi untuk menyertai misi mereka dalam mewujudkan masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank Purple Unicorn SB (564276563563).

Semua hasil kutipan akan disampaikan kepada Kindness Malaysia untuk diagihkan kepada ibu tunggal dan keluarga mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram