Lenjan KDN 7 gol tanpa balas, fans samakan Perak persis Liverpool


  • Podium
  • Ahad, 26 Jan 2025

Guaycochea (kiri) meraikan jaringan Clayton (kanan) pada minit kelapan. — Perak FC

PERAK FC berpesta jaringan apabila membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 7-0 dengan hampir keseluruhan perlawanan dikuasai oleh anak-anak buah Yusri Che Lah dalam aksi Liga Super pada Ahad (26 Januari).

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Manjung, Perak itu menjadi saksi empat pemain import yang diturunkan oleh Yusri itu memberikan sepenuhnya buat pengendali mereka.

Manakala, KDN FC pula terpaksa menagih kudrat pemain tempatan selepas kesemua bintang import Kijang Emas memilih meninggalkan pasukan susulan isu tunggakan gaji.

BACA LAGI: 'Macam mana game boleh on?', fans Sri Pahang FC pertikai kualiti Stadium Temerloh jejas rentak permainan Tok Gajah

BACA LAGI: [VIDEO] Jojo mahu balas dendam, rancang ubah cara berlawan dan lebih tenang dalam gelanggang

Perak mula menjaringkan gol pada minit ke-8 selepas Clayton da Silveira memanfaatkan kesilapan benteng pertahan KDN FC.

Enam minit kemudian, jaringan sepakan percuma Luciano Guaycochea terus menambah duka skuad kendalian Park Jae-hong.

The Bos Gaurus tidak mengundurkan serangan mereka apabila minit ke-23, Adilet Kanybekov pula mengandakan jaringan menerusi rembatan luar kotak yang menewaskan Muhd Alfaiz Zula'amin.

Melihat kepada kesengsaraan KDN FC dalam separuh masa pertama, rata-rata penyokong Kelantan rela melihat pasukan itu dibubarkan daripada terus beraksi dalam Liga Malaysia.

"Bubar sahajalah pasukan ini, orang nak buat kelab bola dia pun nak buat juga," kata Syahmi Azmin.

"Sama skrip dengan TRW, mula-mula ambil import tak beringat. Selepas itu buat-buat tak nak bayar gaji sampai tertunggak," ujar Waja Biru.

"Baru 23 minit dah kena sampai tiga gol?" soal Aniff Kamaruddin.

Keputusan babak pertama kekal dengan Perak mendahului 3-0 hasil jaringan Clayton, Guaycochea dan Adilet.

Bersambung separuh masa kedua perlawanan, Perak terus menghukum KDN FC menerusi jaringan hatrik Cleyton pada minit ke-56 dan ke-62.

Kelantan yang berada dalam tekanan terus dihukum oleh Tommy Mawat Bada pada minit ke-69 permainan.

Cleyton yang bernafsu dalam perlawanan itu pula menutup permainan dengan jaringan keempatnya sekali gus berjaya membantu Perak mengutip tiga mata penuh dengan bergaya.

Tamat perlawanan, Perak berjaya membelasan KDN FC dengan keputusan 7-0 sekali gus mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Kemenangan Perak itu menghadirkan rasa gembira penyokong-penyokong The Bos Gaurus yang sudah lama mengimpikan kemenangan besar seperti itu.

"Lain macam pula Perak punya permainan malam ini, dah macam Liverpool main. Kawal permainan dengan Kelantan bolehlah," kata Ismail Ismail.

"Mesti kena menang, tak menang nanti lagi teruk kena kutuk," ujar Seniman Menangis.

"Sambung kontrak Yusri Che Lah 2025," luah Mahathir Rahman.

Selepas ini, Perak akan bertemu Kuching City FC manakala KDN FC pula bakal melayani kunjungan Penang FC di halaman sendiri pada 7 Februari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram