'Bujang Lapok ke Hong Kong' antara 4 filem terbengkalai Seniman Agung P. Ramlee


  • Hiburan
  • Sabtu, 22 Feb 2025

Seniman Allahyarham P. Ramlee merupakan legenda dunia perfileman tempatan.

LIMA dekad pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, seniman agung tanah air itu kekal dikenang sebagai permata yang tiada gantinya hingga ke hari ini.

Ikonik dengan ucapan “Walau aku sudah mati, aku akan hidup 1,000 tahun lagi", ia seolah-olah menjadi realiti apabila setiap naskhah diterbitkan masih menjadi tontonan generasi muda.

Bidang muzik, filem mahupun produksi penerbitan kesemuanya sudah dipelopori Allahyarham yang selayaknya digelar legenda industri hiburan tempatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Dipaksa Rosyam Nor 'transform' jadi budak lelaki, Amir 'Suami, Isteri &...' kini usahawan kosmetik disegani Asia Tenggara

BACA LAGI: Watak Zurina 'Aku Dia & Volkswagen' kisah benar 'crush' zaman sekolah, bayangan mirip pelakon Eja

Sarat dengan kisah rakyat dan teladan tontonan pelbagai lapisan masyarakat, tahukah anda bahawa P. Ramlee mempunyai beberapa naskhah yang terbengkalai dek beberapa isu melanda dirinya sepanjang bergelar anak seni.

Berikut merupakan empat buah filem yang gagal diterbitkan Allahyarham di era kegemilangannya.

1. Hidayah

Merupakan sebuah filem berkonsepkan keagamaan, naskhah itu difahamkan banyak merujuk ayat suci Al-Quran bertujuan menegakkan agama Islam.

Malangnya, beberapa plot dan hukum agama dalam kisah itu gagal diselesaikan oleh Allahyarham yang kemudiannya memaksa ia ditangguhkan ke satu tempoh lain untuk diterbitkan.

Mendapatkan nasihat daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor, filem itu tidak diteruskan selepas P. Ramlee dilaporkan meninggal dunia sebelum isu terbabit dapat diselesaikan.

2. Bujang Lapok ke Hong Kong

Filem trilogi Bujang Lapok sememangnya antara buah tangan terbaik tinggalan seniman negara itu.

Gandingan tiga seniman hebat bersama Allahyarham S. Shamsuddin dan Aziz Sattar, gelak tawa dan kisah teladan dipamerkan masih menjadi hiburan masyarakat masa kini.

Pendekar Bujang Lapok merupakan antara filem terbaik sepanjang zaman dihasilkan Allahyarham P. Ramlee.

 

Usai filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan, P. Ramlee dikatakan sekali lagi menuai idea baharu iaitu Bujang Lapok ke Hong Kong.

Idea asal filem itu dikatakan mahu menjadi naskhah pertama diterbitkan berwarna oleh produksi tempatan namun, terhenti atas beberapa kesulitan yang tidak dikongsikan kepada umum.

3. Doktor Chelora

Masyhur di rantau Asia Tenggara, P. Ramlee pernah menjalin kerjasama dengan seorang pembikin filem dari Indonesia.

Sebuah filem berjudul Doktor Chelora dikatakan hampir menjadi sebuah filem gabungan dua negara pertama diterbitkan Allahyarham namun, P. Ramlee mengehmbus nafas terkahirnya usai beberapa minggu persetujuan itu dibuat.

4. Seniwati di Hong Kong

Sentiasa berusaha membawa industri tempatan ke peringkat global, Allahyarham pada 1963 pernah menghasilkan skrip filem berjudul Seniwati di Hong Kong.

P. Ramlee mempunyai jalinan kerjasama baik dengan pembikin filem di Hong Kong.

Konsep asalnya yang dikatakan mahu menerbitkan ia dalam filem berwarna, walau bagaimanapun menerima kritikan daripada Persatuan Artis Malaya (PERSAMA) atas faktor kurang persefahaman.

Punca utama ia tidak diteruskan adalah kerana filem berkenaan kurang menyerlah dari segi ketulenan konsep Melayu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram