
GARA-GARA lampu isyarat rosak, seorang pemandu Hilux dilaporkan maut manakala isterinya parah akibat kemalangan di Taman Kota, Yong Peng, Batu Pahat, Johor pada Sabtu
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, insiden itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi selepas lampu isyarat di simpang tersebut difahamkan tidak berfungsi.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Macam dah kena rasuk', lelaki bawa parang mengamuk libas orang di Johor Bahru
BACA LAGI: [VIDEO] Padah tak pantau ketika bermain, ibu cemas lihat anak hampir 'biru' terjerut tali
“Rempuhan itu melibatkan sebuah SUV dalam perjalanan dari Taman Kota dan sebuah trak pikap jenis Hilux yang datang dari arah Ayer Hitam.
“SUV itu dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun, manakala trak pikap dipandu lelaki (33 tahun), ditemani isterinya berusia 31 tahun.
“Malangnya, pemandu trak pikap dikenali sebagai Muhamad Sufaat Sobakin, 33, dari Kampung Parit Jayus 6, Sri Medan, cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, hasil pemeriksaan bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat mendedahkan punca kematian sebagai 'Multiple injuries Consisrent With Motor Vehicle Collision'.
“Isterinya patah tangan serta kaki kiri dan kini sedang menerima rawatan di HSNI Batu Pahat manakala emandu SUV tidak mengalami kecederaan,” tambahnya.
Allahyarham Muhamad Sufaat Sobakin disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Polis mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak berkuasa menggesa saksi atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan untuk tampil membantu siasatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram