
MAYAT seorang lelaki ditemukan terapung selepas dilaporkan hilang sebulan lalu di Sungai Rajang, Kanowit, Sibu, Sarawak pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan Dennis Bunyam berkata, mayat mangsa berusia 29 tahun itu dijumpai kira-kira 2.5 kilometer dari Jeti Tebingan Kanowit sekitar pukul 4.50 petang.
BACA LAGI: [VIDEO] Lampu isyarat rosak punca pemandu Hilux maut, isteri parah rempuh SUV di Batu Pahat
BACA LAGI: [VIDEO] 'Macam dah kena rasuk', lelaki bawa parang mengamuk libas orang di Johor Bahru
“Siasatan awal menunjukkan mayat yang telah busuk itu adalah mangsa yang dilaporkan hilang setelah dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Rajang berhampiran Jeti Sedaya pada 16 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang setelah botnya dijumpai di sekitar perairan Jeti Sedaya kira-kira pukul 11 pagi, 16 Januari lalu.
Mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang setelah menghantar isterinya ke Hospital Kanowit untuk pemeriksaan kehamilan ketika kejadian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dengan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kanowit untuk proses pengecaman ahli keluarga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram